Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hubungan M’sia-S’pura istimewa: Sultan Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Hubungan M’sia-S’pura istimewa: Sultan Johor

Kongsi pandangan dalam wawancara eksklusif bersama ST jelang ditabal Yang di-Pertuan Agong M’sia ke-17 pada Januari 2024
Dec 11, 2023 | 03:52 PM



JOHOR BAHRU: “Johor dan Singapura, dengan secawan teh, kita boleh memutuskan sesuatu”.


Demikian pandangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar – yang bakal ditabal Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17 pada Januari 2024 – terhadap hubungan istimewa Malaysia dan Singapura.

Dalam satu temubual eksklusif beliau bersama akhbar The Straits Times (ST), Sultan Ibrahim menganggap “hubungan istimewa” yang wujud antara Malaysia dan Singapura bukan sahaja antara kerajaan dua negara.


Malahan, ia juga melangkaui antara Istana Diraja Johor dan keluarga Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, apatah lagi kedua-dua pemimpin ini telah mengenali antara satu sama lain selama lebih 35 tahun.

Sebagai contoh, Sultan Ibrahim menyentuh mengenai bagaimana Perjanjian Air antara Malaysia-Singapura boleh ditambah baik, selepas ia dipersetujui pada Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura pada Oktober lalu untuk membincangkan perjanjian yang mana Johor membekalkan air tidak terawat kepada negara ini dan kemudian air bersih terawat dibekalkan semula oleh Singapura ke Johor.

“Johor mempunyai lebih banyak air daripada yang diperlukan. Tetapi (langkah untuk membendung) air terbuang perlu diperbaiki,” katanya sambil mencadangkan agar Takungan Linggiu, sumber air utama Singapura di Malaysia, ditutup dengan ladang solar.

Katanya, ia akan mengurangkan “kerugian melalui penyejatan” dan Singapura mendapat tenaga hijau daripadanya – sambil merujuk sasaran Singapura untuk mengimport empat gigawatt tenaga rendah karbon menjelang 2035.

Perkembangan penting lain antara Johor-Singapura yang sedang dipantau oleh kerajaan ialah Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City, Johor Bahru, tuntutan semula pulau-pulau yang dimiliki dan Zon Ekonomi Khas (SEZ).

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Ogos 2023 mengumumkan bahawa Forest City merancang untuk menjadi lebih daripada tiga kali saiz Sentosa, tetapi hanya 15 peratus siap setakat ini.

Ia dijangka menjadi tuan rumah SFZ dengan insentif seperti kadar cukai pendapatan 15 peratus, kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) dan pelepasan pantas bagi pelawat Malaysia yang berpangkalan di Singapura.


Selanjutnya, kerajaan bercadang untuk menubuhkan SEZ Johor-Singapura bertujuan memudahkan pergerakan orang ramai dan barangan merentasi sempadan, dengan kemungkinan kajian bersama mengenai kesesuaian pelaksanaannya disiapkan pada Januari 2024.

Sultan Ibrahim berkata perancangan mewujudkan zon-zon berkenaan secara selari perlu disegerakan dan tidak wajar dilengahkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz, pada 23 November lalu, berkata pentadbirannya menyasarkan untuk melaksanakan SEZ menjelang 2025.

Sambil menyatakan harapannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara Johor dan Singapura apabila generasi pemimpin baru diketuai Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, mengambil alih tampuk pemerintahan negara pulau itu yang dijangka pada 2024, Sultan Ibrahim berkata:

“Saya menantikan peluang untuk bertemu lebih ramai lagi dengan lebih kerap dan menjadi tuan rumah antara satu sama lain,” katanya yang turut mencadangkan kerjasama lebih erat Malaysia-Singapura dalam bidang taman teknologi dan pusat data.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >