Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meriah rai ulang tahun S’pura di lima estet kejiranan serata pulau

Aug 10, 2024 | 7:52 PM

Cik Siti Suhana Hamdi (bertudung hitam), bersama anaknya, (dari kiri) Nur Raiqah Shakila Muhammad Shahrul Rizal, Noor Rais Iman Muhammad Shahrul Rizal, Noor Raiqal Ikhwal Muhammad Shahrul Rizal dan Noor Raihan Irwan Muhammad Shahrul Rizal semasa acara sambutan Hari Kebangsaan di padang terbuka bersebelahan Paya Lebar Quarter 1.
Cik Siti Suhana Hamdi (bertudung hitam), bersama anaknya, (dari kiri) Nur Raiqah Shakila Muhammad Shahrul Rizal, Noor Rais Iman Muhammad Shahrul Rizal, Noor Raiqal Ikhwal Muhammad Shahrul Rizal dan Noor Raihan Irwan Muhammad Shahrul Rizal semasa acara sambutan Hari Kebangsaan di padang terbuka bersebelahan Paya Lebar Quarter 1. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Suasana sambutan Hari Kebangsaan terus meriah menerusi acara mendekati rakyat Singapura di lima estet kejiranan pada 10 Ogos dengan tema dan pengalaman yang unik.

Lima lokasi Sambutan Kejiranan Hari Kebangsaan berlangsung di:

– Padang terbuka bertentangan Stesen MRT Laluan Circle Bishan dengan tema ‘Perpaduan dalam Perbezaan’ bagi kelompok Central.

– Padang terbuka bersebelahan Waterway Point di Punggol dengan tema ‘Satu Negara’ bagi kelompok North East.

– Padang terbuka bersebelahan FutsalArena@Yishun dengan tema ‘Bergerak ke Hadapan, Hargai Sejarah Kita’ bagi kelompok North West.

– Padang terbuka bersebelahan Paya Lebar Quarter 1 dengan tema ‘Hidupkan Cahaya, Janakan Kuasa’ bagi kelompok South East, dan

– Padang terbuka bersebelahan Stesen MRT Buona Vista dengan tema ‘Bersatu Hati’ bagi kelompok South West.

Penduduk yang hadir ternyata melahirkan rasa gembira di atas sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung dekat dengan kawasan kejiranan.

Antara lain, penduduk dapat menikmati acara-acara yang menarik sempena Hari Kebangsaan seperti pertunjukan bunga api, bergambar dengan kenderaan Angkatan Tentera Singapura (SAF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) di kesemua lokasi.

Salah seorang penduduk yang mengunjungi Sambutan Kejiranan Hari Kebangsaan di Paya Lebar Quarter 1, Cik Siti Suhana Hamdi, turut hadir bersama empat anaknya.

“Kanak-kanak sangat teruja dapat melihat setiap kenderaan dari pasukan berseragam yang berbeza.

“Mereka juga berseronok melakukan kegiatan mewarna di reruai yang terdapat di situ,” dedah Cik Siti Suhana.

“Bagi saya, keseluruhan acara adalah pengalaman yang hebat untuk kami yang datang buat kali pertama.

“Dengan tidak secara langsung, acara ini dapat mengeratkan ikatan antara si anak dengan ibu bapa mereka.

“Kami sendiri dapat banyak berinteraksi dengan mereka, menerangkan tentang pameran atau acara yang diadakan,” tambah Cik Siti Suhana.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk mengayuh basikal untuk menjana tenaga lampu sebagai langkah mengurangkan jejak karbon, serta kegiatan mencuba sukan paralimpik, dalam usaha menyokong kebolehan golongan kurang upaya.

Bagi saya, keseluruhan acara adalah pengalaman yang hebat untuk kami yang datang buat kali pertama. Dengan tidak secara langsung, acara ini dapat mengeratkan ikatan antara si anak dengan ibu bapa mereka. Kami sendiri dapat banyak berinteraksi dengan mereka, menerangkan tentang pameran atau acara yang diadakan.
Cik Siti Suhana Hamdi, penduduk yang mengunjungi Sambutan Kejiranan Hari Kebangsaan di Paya Lebar Quarter 1.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg