Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mesin layan diri, trak barangan runcit buat penduduk Tengah

Dec 13, 2023 | 7:03 PM
MENDEKATKAN PERKHIDMATAN KEPADA PENDUDUK: Penduduk Tengah boleh pergi ke trak barangan runcit atau menggunakan mesin layan diri untuk membeli barangan yang diperlukan.
MENDEKATKAN PERKHIDMATAN KEPADA PENDUDUK: Penduduk Tengah boleh pergi ke trak barangan runcit atau menggunakan mesin layan diri untuk membeli barangan yang diperlukan. - Foto HDB

Penduduk di estet perumahan baru di Tengah kini boleh membeli barangan makanan dan keperluan harian daripada mesin layan diri makanan dan trak runcit.

Kemudahan itu dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sejak akhir November.

Ia bertujuan menyokong keperluan penduduk buat tempoh sementara sehingga kemudahan tetap seperti pasar raya dan pusat makanan dan minuman mula beroperasi di sana pada suku kedua 2024.

Trak barangan runcit, yang disediakan NTUC FairPrice dijadual singgah ke dua kawasan – Plantation Acres dan Plantation Grange – tiga hari seminggu, iaitu pada Rabu, Khamis dan Jumaat.

Ia beroperasi dari 3 petang hingga 8 malam.

  1. Plantation Acres: tempat punggah barang berhampiran Blok 111A, pada Rabu dan Jumaat
  2. Plantation Grange: tingkat satu tempat letak kereta (lot 151) berhampiran Blok 133A, pada Khamis

Menurut HDB usaha itu ialah hasil kerjasama dengan NTUC FairPrice dan penduduk boleh membeli keperluan harian seperti roti, beras, susu, makanan segar dan makanan dalam tin serta barangan keperluan lain.

Mesin layan diri pula telah dipasangkan di kolong Blok 111A di Plantation Acres.

Buat masa ini satu mesin menjual minuman, buah-buahan dan kudapan, serta satu lagi mesin menjual makanan halal seperti nasi lemak dan nasi lauk rendang telah beroperasi sejak awal Disember.

Dua lagi mesin layan diri akan dipasangkan secara bertahap, kata HDB.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bangunan) HDB, Dr Johnny Wong, berkata:

“Di bandar perumahan baru seperti Tengah, kemudahan dan kemudahan pengangkutan utama akan mengambil sedikit masa untuk dibina.

“Ini tidak seperti kebanyakan pembangunan BTO (Bina Ikut Tempahan) lain yang dibina di dalam bandar HDB sedia ada, di mana terdapat infrastruktur yang telah dibangunkan, serta kemudahan sedia ada yang berdekatan untuk kegunaan penduduk.”

Apabila siap secara bertahap bermula suku kedua 2024, Pusat Kejiranan Plantation Plaza akan menawarkan kemudahan seperti pasar raya, pusat penjaja, kedai makanan dan minuman, selain klinik dan pusat pengayaan, kata HDB.

AKAN DATANG: Pusat Kejiranan (NC) Plaza Plantation yang merangkumi pasar raya, medan selera, kedai makanan dan minumam, klinik, kedai serta pusat pengayaan bakal beroperasi di  Plantation District, bandar Tengah pada suku kedua 2024.
AKAN DATANG: Pusat Kejiranan (NC) Plaza Plantation yang merangkumi pasar raya, medan selera, kedai makanan dan minumam, klinik, kedai serta pusat pengayaan bakal beroperasi di Plantation District, bandar Tengah pada suku kedua 2024. - Foto HDB

Ia terletak 5-10 minit berjalan kaki dari Plantation Grange dan Plantation Acres.

Estet perumahan Tengah merangkumi lima daerah perumahan, termasuk yang diberi nama Plantation.

Buat masa ini, lapan projek BTO telah dilancar di daerah Plantation.

Sehingga 5 Disember, 2,019 isi rumah atau lebih separuh daripada isi rumah yang membeli rumah di tiga projek – Plantation Acres, Plantation Grange dan Plantation Village telah menerima kunci masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg