Meski tidak wajib, gerai makanan boleh cetak gred SFA untuk dipapar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Meski tidak wajib, gerai makanan boleh cetak gred SFA untuk dipapar

Kod QR ganti pelekat fizikal pamer gred kebersihan makanan secara terkini
Feb 4, 2026 | 5:19 PM

Meski tidak wajib, gerai makanan boleh cetak gred SFA untuk dipapar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sfa, rarings
Gred yang diterima gerai makanan tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan. Sebaliknya, pelanggan kini boleh mengimbas kod QR untuk melihat gred yang diterima. - Foto ST

Pengendali gerai makanan kini berpeluang mempamerkan gred kebersihan makanan yang diperolehi daripada Agensi Makanan Singapura (SFA), demi memudahkan pelanggan membuat pilihan.

Walaupun paparan gred secara fizikal tidak lagi wajib di bawah kerangka Jaminan Keselamatan untuk Premis Makanan (Safe) yang berkuat kuasa 19 Januari 2026, ia masih digalakkan.

Di bawah rangka kerja Safe, pelekat fizikal digantikan dengan kod QR. Orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR pada lesen premis makanan untuk melihat gred yang diterima.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, menjawab pertanyaan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) mengenai jaminan ketelusan dan keaslian penggredan keselamatan makanan.

Beliau menegaskan, gred akan terpapar jelas, sama ada A, B, atau C, setelah kod QR diimbas.

“Tiada yang menghalang pengendali daripada mencetaknya dan menampalnya sendiri.

“Kami tidak mewajibkannya buat masa ini, tetapi kami akan terus memantau keadaan dan kami berharap lebih ramai akan menyokong penggunaan format baru (imbas kod QR) ini,” kata Encik Zaqy.

Cik Nadia, dalam soalan susulannya, mengatakan: “Saya faham rejim baru ini akan menyediakan penggredan yang lebih terkini, namun saya rasa pelekat fizikal mempunyai tarikan tersendiri sebagai tumpuan utama pertimbangan pengguna.”

Encik Zaqy menjelaskan kod QR memberikan maklumat paling tepat dan terkini mengenai gred dan rekod prestasi premis, menghapuskan kebimbangan tentang pelekat lama yang dipamerkan.

Namun, beliau mengakui kemungkinan kesukaran dihadapi segelintir pihak, termasuk warga emas, mereka yang tidak memiliki telefon pintar, atau yang kurang mahir mengimbas kod QR.

Justeru, SFA bekerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk melatih warga emas menggunakan kamera telefon bimbit mereka untuk tujuan tersebut.

“Pelanggan yang kurang mahir digital, atau tidak memiliki peranti bijak, boleh meminta untuk melihat gred daripada pengendali gerai,” kata Encik Zaqy.

Beliau turut menekankan kerangka Safe yang baru mengambil kira rekod prestasi keselamatan makanan premis sepanjang tahun, berdasarkan sejarah pemeriksaan, termasuk penglibatan dalam insiden makanan.

“Ini menggalakkan premis makanan untuk sentiasa mengekalkan amalan keselamatan makanan yang baik.

“SFA akan terus menjalankan pemeriksaan berkala terhadap semua premis makanan.

“Premis makanan dengan skala pemprosesan atau penyediaan makanan yang lebih besar, serta premis makanan yang mempunyai gred C akan diperiksa dengan lebih kerap,” katanya.

Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang) mempersoalkan bagaimana SFA akan mengesan kemerosotan piawaian sebelum berlakunya kesilapan besar, memandangkan sistem baharu bergantung kepada pematuhan yang dilaporkan sendiri dan rekod prestasi lalu.

Sementara itu, Cik Poh Li San (Sembawang West) mencadangkan ‘safety timeout’ untuk pertubuhan yang kerap dinilai rendah, kerana pelanggan mungkin terlepas pandang rekod prestasi sedemikian tanpa pelekat yang dipamerkan secara ketara.

Mengulas perkara ini, Encik Zaqy menyatakan gerai dengan rekod buruk akan menjalani pemeriksaan yang lebih kerap dan dipantau secara langsung, dibantu oleh analisis data.

Beliau turut menyebut tentang sistem mata demerit, di mana gerai boleh digantung apabila mata terkumpul melebihi had tertentu.

“Tiada yang menghalang pengendali daripada mencetaknya (gred kebersihan makanan) dan menampalnya sendiri. Kami tidak mewajibkannya buat masa ini, tetapi kami akan terus memantau keadaan dan kami berharap lebih ramai akan menyokong penggunaan format baru (imbas kod QR) ini. ... Pelanggan yang kurang mahir digital, atau tidak memiliki peranti bijak, boleh meminta untuk melihat gred daripada pengendali gerai.”
Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg