MFA: Elak ke wilayah Jammu dan Kashmir, Pakistan
May 7, 2025 | 8:48 PM
Anggota keselamatan India berkawal di Wuyan, berhampiran Srinagar, pada 7 Mei susulan ketegangan di sempadan. India dan Pakistan saling berbalas tembakan artileri berat di sempadan yang dipertikaikan pada hari yang sama, selepas New Delhi melancarkan serangan peluru berpandu terhadap seterunya dalam peningkatan ketara konflik antara dua negara bersenjata nuklear. - Foto AFP
Kementerian Ehwal Luar (MFA) telah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada warga Singapura agar menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke wilayah Jammu dan Kashmir di India, serta ke Pakistan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7 Mei, MFA menasihati rakyat Singapura yang berada di wilayah sempadan antara India dengan Pakistan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu.
“Rakyat Singapura dinasihatkan untuk menjauhi perhimpunan besar, memantau perkembangan berita tempatan dengan teliti, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan, dan mendaftar dengan MFA melalui pautan https://eregister.mfa.gov.sg,” menurut kenyataan itu.
Laporan berkaitan
India-Pakistan saling bertempur, puluhan terbunuhMay 7, 2025 | 4:32 PM
Sejarah konflik Kashmir yang terus tegangMay 7, 2025 | 2:54 PM

