MFA: S’pura sokong hak tanah air rakyat Palestin, huraian dua negara dirunding
MFA: S’pura sokong hak tanah air rakyat Palestin, huraian dua negara dirunding
MFA: S’pura sokong hak tanah air rakyat Palestin, huraian dua negara dirunding
Singapura menyokong secara konsisten hak rakyat Palestin bagi sebuah tanah air berdasarkan huraian dua negara yang dirunding, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 17 April.
Menyatakan demikian sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai isu pengitirafan negara Palestin, seorang jurucakap MFA berkata:
“Seperti yang diperkatakan Menteri Ehwal Luar, (Dr Vivian Balakrishnan) kepada Parlimen pada Julai 2024, bahawa kami akan mengenal pasti negara Palestin pada satu masa yang sesuai.
“Kedudukan ini sejajar dengan resolusi relevan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang ingin membolehkan rakyat Palestin dan Israel hidup sebelah menyebelah dalam aman dan selamat.”

