Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MFA: Tiada laporan warga S’pura dalam pesawat Jeju Air 2216

Dec 29, 2024 | 10:58 PM
Pesawat Jeju Air 2216 terhempas pada 29 Disember 2024.
Pesawat Jeju Air 2216 terhempas pada 29 Disember 2024. - Foto AFP

Tiada warga Singapura dilaporkan berada dalam pesawat Jeju Air yang terhempas semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di Korea Selatan pada 29 Disember, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

“Kami sedang berhubungan dengan pihak berkuasa di Korea Selatan dan tiada laporan warga Singapura dalam penerbangan itu,” kata jurucakap MFA.

Pesawat Jeju Air yang berangkat dari Bangkok, Thailand itu membawa 181 orang, termasuk 175 penumpang dan enam anak kapal.

Seramai 179 orang maut, dengan dua anak kapal berjaya diselamatkan.

Jurucakap MFA itu berkata: “Pemerintah Singapura berdukacita dengan berita tragik pesawat Jeju Air 2216 yang terhempas pada 29 Disember.

“Kami mengirimkan ucapan takziah kepada pemerintah Korea Selatan dan kepada keluarga dan orang tersayang mangsa. Kami berharap orang yang terselamat pulih sepenuhnya.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg