Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MFA: Warga S’pura dinasihat semak syarat kemasukan terkini ke AS

May 30, 2025 | 6:24 PM
MFA, syarat masuk ke AS
Kementerian Ehwal Luar (MFA) menasihati para pelajar supaya sentiasa berhubung dengan pejabat Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai syarat kemasukan ke Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

Warga Singapura yang melancong ke Amerika Syarikat digalakkan menghubungi Kedutaan Amerika di Singapura untuk mengikuti perkembangan terkini dan mematuhi keperluan rasmi visa kemasukan.

Kementerian Ehwal Luar (MFA), sebagai respons kepada pertanyaan, pada 30 Mei berkata pelajar Singapura juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai dokumen yang diperlukan untuk memasuki Amerika, lapor The Straits Times (ST).

MFA berkata: “Pelajar juga dinasihatkan sentiasa berhubung dengan pejabat Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa mereka bagi mendapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan untuk pelajar antarabangsa.”

Beberapa hari kebelakangan ini, terdapat beberapa perubahan yang melibatkan syarat visa untuk pelajar antarabangsa, sebagai sebahagian daripada usaha pentadbiran Presiden Amerika, Encik Donald Trump, menguatkuasakan dasar imigresen yang lebih ketat.

Awal minggu ini, Setiausaha Negara Amerika, Encik Marco Rubio, mengeluarkan arahan kepada misi luar negara supaya menghentikan penjadualan janji temu baru bagi pemohon visa pelajar dan pertukaran pelajar.

Pemerintah Amerika turut merancang mengeluarkan garis panduan mengenai “penyaringan media sosial yang diperluas”.

Encik Rubio pada 28 Mei berkata Amerika akan mula “secara agresif” membatalkan visa pelajar China, walaupun beliau tidak menyatakan bila pembatalan itu akan bermula.

Warga Singapura yang berada di Amerika boleh menghubungi misi luar negara jika memerlukan bantuan konsular semasa perjalanan mereka, kata MFA.

Senarai misi luar negara adalah seperti berikut:

Kedutaan Singapura di Washington, DC

  1. +1 202 537 3100
  2. +1 202 537 3100 sambungan 140 (bantuan selepas waktu pejabat)
  3. +1 202 436 4777 (bantuan selepas waktu pejabat)
  4. +1 202 412 0074 (bantuan selepas waktu pejabat)
  5. singemb_was@mfa.sg

Konsulat Jeneral Singapura di San Francisco

  1. +1 415 543 4775
  2. +1 415 290 9000 (bantuan selepas waktu pejabat)
  3. singcg_sfo@mfa.sg

Konsulat Singapura di New York

  1. +1 212 223 3331
  2. +1 917 293 4540 (bantuan selepas waktu pejabat)
  3. singcon_nyc@mfa.sg

Konsulat Kehormat Singapura di Miami

  1. +1 305 858 4225
  2. +65 6379 8000 (bantuan selepas waktu pejabat)
  3. sgreen@sg-miami-consulate.org

Warga Singapura juga boleh menghubungi talian hotline MFA yang beroperasi 24 jam di nombor 6379-8800 atau 6379-8855.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg