Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MHA akan ambil tindakan tegas terhadap pihak guna S’pura bagi tujuan politik luar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA akan ambil tindakan tegas terhadap pihak guna S’pura bagi tujuan politik luar

Kementerian sedar dakwaan dalam talian S’pura mungkin digunakan bagi sokong calon tertentu pilihan raya presiden Indonesia
Jan 04, 2024 | 12:12 PM



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berkata ia akan mengambil tindakan tegas terhadap sembarang individu atau kumpulan di Singapura yang didapati menjalankan kempen politik atau pengumpulan dana untuk meneruskan agenda politik luar negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 4 Januari, kementerian itu berkata ia sedar akan dakwaan yang tersebar dalam talian baru-baru ini bahawa Singapura mungkin digunakan sebagai platform bagi pilihan raya presiden Indonesia pada Februari.

Dakwaan itu juga menyatakan terdapat dana di Singapura yang bertujuan menyokong calon tertentu dalam pilihan raya itu.

“Pemerintah Singapura mengambil pendirian jelas dan kukuh menentang pengimportan politik negara lain ke Singapura.

“Orang yang melawat, bekerja atau tinggal di Singapura tidak seharusnya menggunakan Singapura untuk menjalankan kempen politik atau pengumpulan dana bagi meneruskan agenda politik di luar negara,” kata kenyataan MHA itu.

Menurut satu laporan The Straits Times, Singapura dinamakan sebagai negara terlibat dalam skim yang kononnya bertujuan memanipulasi pilihan raya 2024 Indonesia dalam video YouTube oleh mantan pengerusi Suruhanjaya Pembasmian Rasuah Indonesia, Encik Abraham Samad.


Negara lain yang dinamakan ialah Amerika Syarikat dan China.

Video sepanjang 53 minit itu, yang ditayangkan pada 26 November 2023, dan telah mendapat lebih dua juta tontonan, menunjukkan Encik Abraham bercakap kepada ahli perniagaan yang juga penganalisis geopolitik Mardigu Wowiek Prasantyo tentang bagaimana pelbagai kuasa asing bersaing untuk mendapatkan pengaruh dalam politik Indonesia.

Mereka membincangkan, antara lain, bagaimana sepasang calon presiden dan naib presiden mungkin menyimpan sejumlah besar wang di Singapura yang boleh digunakan untuk pilihan raya jika perlu. Mereka tidak mengenal pasti siapa calon ini.

Lebih 204 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya presiden Indonesia pada 14 Februari.

Tiga pasangan calon presiden dan naib presiden dalam pilihan raya itu ialah mantan gabenor Jakarta Anies Baswedan, 54 tahun, dan mantan menteri Muhaimin Iskandar, 57 tahun; mantan gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo, 55 tahun, dan Ketua Menteri Keselamatan Mahfud MD, 66 tahun; serta Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, 72 tahun, dan Encik Gibran Rakabuming Raka, 36 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >