Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MHA bina pusat operasi baru, jangka siap 2032

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA bina pusat operasi baru, jangka siap 2032

Pusat Operasi Home Team sepadu operasi SPF, SCDF, ICA dan CNB bawah
satu bumbung
Feb 24, 2024 | 07:00 PM



Pasukan Home Team akan terus memperkukuh kerjasama antara agensi di bawahnya bagi memastikan Singapura kekal selamat dan stabil, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam.

Konsep bekerjasama sebagai satu unit itu atau, One Home Team, penting kerana kini, sudah menjadi kebiasaan bagi jabatan di bawah Home Team menjalankan operasi bersama untuk kejadian besar, berlatih bersama dan menangani sesebuah situasi secara bersama, jelasnya.


Ini sedang Home Team membina sebuah pusat operasi bersepadu Pusat Operasi Home Team (HTOC) yang akan menempatkan agensi seperti Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) di bawah satu bumbung.

Antara lain, ia akan bertindak sebagai hab untuk menyelaras operasi harian dan dijangka siap pada 2032.

Encik Shanmugam berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Hari Home Team, yang julung-julung kalinya diadakan, di HomeTeam NS Bedok Reservoir pada 24 Februari.

Encik Shanmugam menjelaskan: “Hari ini, konsep Home Team memperkuatkan cara setiap jabatan berlatih, merancang dan beroperasi.

“Kami telah lihat bagaimana sinergi dan kerjasama ini telah membantu dalam menangani isu seperti ancaman sejak (serangan) 9 September 2001, Nicoll Highway runtuh, rusuhan Little India dan baru-baru ini, pandemik Covid-19.”

Encik Shanmugam berkata menempatkan pusat operasi di bawah satu bumbung membolehkan Home Team “memberi tindak balas lebih cepat (dan) lebih menyeluruh” terhadap sebarang kejadian.

Pendekatan sedemikian diperkukuh dengan jalinan kerjasama berbilang agensi Home Team merentas beberapa bidang seperti operasi dan teknologi, ujarnya.

Menyentuh tentang penggunaan teknologi, Encik Shanmugam memberi contoh keupayaan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau dron yang kini sedang diperhalusi agar semua agensi Home Team dapat memanfaatkan UAV dengan lebih berkesan – misalnya untuk memberi respons kecemasan.

“Kami kini ada komand UAV Home Team yang diketuai oleh polis, tetapi sumber dan keupayaan tersebut dikongsi seluruh pasukan Home Team,” tambahnya.

Dalam pada itu, Panduan Budaya (Culture Guide) Home Team, yang menggariskan nilai dan etos dikongsi oleh agensi Home Team juga dilancarkan sempena Hari Home Team.


Dirasmikan oleh Setiausaha Tetap (Ehwal Dalam Negeri), Encik Pang Kin Keong, panduan itu bertujuan menekankan budaya Home Team yang berasaskan tiga tunjang iaitu Penglibatan, Kerjasama dan Perkongsian.


Encik Shanmugam berkata adalah penting Home Team memperkukuh budaya atau perkongsian pola pemikiran yang “memperkuatkan segala usaha lain” kerana ia merupakan teras bagi konsep Home Team.


Buat masa ini Home Team merangkumi Ibu Pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), SPF, CNB, Akademi Home Team (HTA), ICA, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), SCDF dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Ini di samping Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), Penguasa Pengawalan Perjudian (GRA) dan Reben Kuning Singapura (YRSG).

Hari Home Team bertujuan memperingati ulang tahun pelancaran konsep Home Team pada 1997, oleh mantan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Wong Kan Seng.

Lebih 300 pegawai, anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan sukarelawan Home Team hadir.


Berkongsi kepada media selepas acara berakhir, Encik Wong berkata Home Team telah mencapai kemajuan yang pesat sejak beliau dan pasukannya melakar konsep tersebut.


“Terdapat kemajuan besar yang kami dapat lihat menerusi konsep Home Team kerana dengan usaha sama merentasi berbilang agensi ini, kami dapat meraih lebih banyak pencapaian bersama,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >