Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MHA timbang perluas bidang kuasa rekrut Pegawai Polis Tambahan asing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MHA timbang perluas bidang kuasa rekrut Pegawai Polis Tambahan asing

Jan 11, 2024 | 05:30 AM



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mempertimbangkan untuk memperluaskan bidang kuasa yang membolehkan Pasukan Polis Tambahan (APF) untuk merekrut Pegawai Polis Tambahan (APO) dari negara asing yang dikenalpasti.

Pengambilan tenaga kerja asing ini ditumpukan di negara-negara Asia seperti China, India, Filipina dan Myanmar. MHA telah berbincang dengan APF mengenai kemungkinan itu.

Demikian dikatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam, dalam satu jawapan bertulis kepada soalan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) di Parlimen pada 10 Januari berhubung bidang kuasa yang dipertimbangkan untuk merekrut APO.

Dalam jawapannya, Encik Shanmugam menambah pemerintah perlu membenarkan APF merekrut APO asing bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk khidmat keselamatan.

“Kita perlu membenarkan APF merekrut APO asing bagi memenuhi permintaan untuk perkhidmatan keselamatan yang meningkat.

“APF menghadapi cabaran dalam mengekalkan bilangan APO yang mencukupi, memandangkan tenaga kerja tempatan yang semakin berkurangan, keperluan seperti kecergasan fizikal, serta pilihan pekerjaan yang rakyat Singapura ada,” ujar Encik Shanmugam.

Justeru, Encik Shanmugam menambah APF akan terus menggajikan APO warga Taiwan. Menurutnya, kerahan APO warga Taiwan secara amnya adalah positif untuk APF.

Namun, adalah satu cabaran untuk merekrut dan mengekalkan APO berwarga Taiwan.

Bilangan mereka telah menurun dengan ketara, lebih daripada 60 peratus dari 2017 hingga 2023, kepada kira-kira 70 APO hari ini.

“APF memberitahu kami bahawa (penurunan) ini kerana pekerjaan keselamatan sangat memenatkan, peluang pekerjaan yang lebih baik di Taiwan dan prospek pulang ke tanah air, serta keinginan untuk memulakan keluarga sendiri,” jelas Encik Shanmugam.

Beliau menambah, setakat November 2023, APO warga Singapura membentuk kira-kira 68 peratus daripada jumlah populasi APO, dan baki 32 peratus merupakan warga Malaysia dan Taiwan.

Encik Shanmugam turut menyentuh tentang risiko membiarkan APO bukan warga Singapura membawa senjata api.

Setakat ini, penyalahgunaan senjata api oleh APO amat jarang berlaku dan tidak lebih berleluasa di kalangan APO warga asing.

“Kami mencuba dan mengurus risiko ini melalui pemeriksaan keselamatan, latihan dan penyeliaan APO. Kami juga berhati-hati apabila kami menggunakan APO bukan warga Singapura. Ia merupakan persekitaran yang mencabar kerana tenaga kerja kami yang semakin berkurangan,” kata Encik Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >