Mindef: Artikel hubungan pertahanan S’pura-Taiwan pandangan peribadi penulis sebelum NS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mindef: Artikel hubungan pertahanan S’pura-Taiwan pandangan peribadi penulis sebelum NS

Jan 24, 2026 | 4:49 PM

Mindef: Artikel hubungan pertahanan S’pura-Taiwan pandangan peribadi penulis sebelum NS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, NS, Mindef, Asia Times
Artikel Asia Times itu telah disunting pada 24 Januari bagi menjelaskan bahawa penulis kini merupakan anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa, dan artikel tersebut ditulis sebelum beliau menyertai perkhidmatan. - Foto fail

Artikel yang diterbitkan di Asia Times mengenai peranan yang boleh dimainkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Taiwan ditulis oleh seorang individu yang bakal menyertai Perkhidmatan Negara (NS).

Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 24 Januari berkata penulis artikel berkenaan, Encik Siddharath Bhowmick, menulis artikel itu atas kapasiti peribadi sebelum beliau menyertai NS, sambil menegaskan bahawa pandangan yang dikemukakan tidak mewakili Mindef atau SAF sama sekali.

Artikel tersebut, yang diterbitkan dalam talian pada 19 Januari, memberi gambaran Encik Bhowmick sebagai seseorang yang sedang berkhidmat dalam SAF.

Netizen memberikan komen bahawa ia memberi gambaran seolah-olah beliau meluahkan pandangan daripada ‘orang dalam’.

Seorang jurucakap Mindef berkata:

“Encik Bhowmick telah menulis dan menghantar artikel tersebut atas kapasiti peribadi pada Disember 2025, sebelum beliau menyertai NS, pada usia 18 tahun, sebagai rekrut SAF pada Januari 2026.”

Artikel itu disunting pada 24 Januari untuk mencerminkan hakikat bahawa Encik Bhowmick kini merupakan anggota NS sepenuh masa, dan bahawa artikel tersebut ditulis sebelum beliau menyertai perkhidmatan tersebut.

Dalam artikel itu, penulis tersebut berkata: “Singapura mesti memanfaatkan hubungan ketenteraannya dengan Taiwan dalam perbincangan antara China dan Taiwan untuk membantu mengurangkan ketegangan antara kedua-dua pihak.”

Beliau berkata Projek Starlight, iaitu kerjasama pertahanan antara Singapura dengan Taiwan, penting kerana “ia membantu mencegah serangan mengejut dari China, walaupun tahap perlindungannya tidak setanding dengan jaminan keselamatan di bawah Akta Hubungan Taiwan.”

Sebelum ini, ia dilaporkan bahawa pengaturan latihan dengan Taiwan bermula sejak 1975.

Ia susulan perbincangan antara Perdana Menteri pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, dan Perdana Menteri ketika itu, Encik Chiang Ching-kuo.

Kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk membenarkan unit SAF menjalani latihan di Taiwan, memandangkan keterbatasan keluasan darat dan ruang udara Singapura.

Di bawah program Starlight, anggota SAF menjalankan latihan sehala termasuk operasi pergerakan jarak jauh dan latihan tembakan peluru hidup di bahagian barat daya Taiwan setiap tahun.

SAF menjalankan latihan luar negara bukan sahaja di Taiwan, malah di sekitar negara lain, termasuk Australia, Brunei, Jerman, India dan Amerika Syarikat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg