Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mindef gesa Houthi henti serangan demi elak konflik Timur Tengah meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mindef gesa Houthi henti serangan demi elak konflik Timur Tengah meningkat

Feb 06, 2024 | 03:53 PM



Adalah menjadi kepentingan Singapura untuk menjadi sebahagian daripada usaha antarabangsa seperti Operation Prosperity Guardian demi memastikan Rangkaian Perhubungan Laut (SLOC) utama seperti Laut Merah kekal terbuka dan selamat untuk aliran bebas perdagangan.


Demikian menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pada 5 Februari. 

Encik Zhulkarnain bertanya tentang risiko konflik meningkat di Yaman dan kesan terhadap penyertaan Singapura dalam gabungan pertahanan di Laut Merah.

Operasi tersebut adalah gabungan berbilang negara untuk melindungi kapal dagang di Laut Merah daripada ancaman keselamatan. 

“SAF (Angkatan Bersenjata Singapura) mengambil bahagian dalam operasi berbilang negara yang selaras dengan undang-undang antarabangsa dan apabila sejajar dengan kepentingan negara kita.

“Ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) 2722 yang diterima pakai pada 10 Januari 2024 menuntut agar Houthi di Yaman segera menghentikan semua serangan ke atas kapal dagang dan komersial, yang menghalang perdagangan global, menjejaskan hak dan kebebasan pelayaran, serta mengancam keamanan serantau dan keselamatan.

“Kami menggesa Houthi menghentikan serangan mereka yang menyalahi undang-undang di Laut Merah seperti yang dituntut dalam UNSCR 2722 untuk mengelakkan peningkatan konflik,” kata Mindef dalam jawapannya itu.

Sementara itu dalam jawapan bertulis kepada soalan berasingan, Mindef berkata SAF akan terus memantau keadaan di rantau itu dengan teliti dan menilai bagaimana Singapura boleh menyumbang lebih lanjut dalam bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Sebelum ini, SAF telah menghantar dua kakitangan perubatan untuk membantu mangsa awam dari Gaza di atas kapal FS Dixmude pada 18 Januari lalu.


Pasukan perubatan itu telah menamatkan kerahan mereka pada 27 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >