Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Minyak tumpah di Johor: Pantai Changi kini selamat untuk kegiatan air

Apr 21, 2025 | 3:52 PM
Kejadian tumpahan minyak yang berlaku di muara Sungai Johor pada 3 April menjejas mutu air di beberapa kawasan perairan di timur laut Singapura.
Kejadian tumpahan minyak yang berlaku di muara Sungai Johor pada 3 April menjejas mutu air di beberapa kawasan perairan di timur laut Singapura. - Foto ZAOBAO

Orang ramai kini boleh berenang atau menjalankan kegiatan air di Pantai Changi.

Demikian menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) susulan kejadian tumpahan minyak di Johor pada 3 April yang menjejas mutu air di beberapa kawasan perairan sekitar Singapura.

“Mutu air kini telah kembali (ke paras) normal,” kata NEA melalui hantaran di Facebook pada 21 April.

Kejadian tumpahan minyak yang berlaku berhampiran muara Sungai Johor itu, melibatkan sekitar 1.6 meter padu minyak bahan api sulfur rendah, yang bocor dari saluran paip sebuah tangki di Terminal Langsat.

Minyak tersebut menjejas mutu air di beberapa kawasan perairan di timur laut Singapura, lapor The Straits Times (ST).

Selepas kejadian tumpahan itu, NEA menasihati orang ramai supaya tidak menjalankan sebarang kegiatan air di Pantai Changi dan Pasir Ris sehingga tarikh yang akan diumumkan.

Beberapa kolam penternakan ikan di Selat Johor Timur, termasuk kawasan paya bakau Chek Jawa, turut terjejas akibat tumpahan minyak tersebut.

NEA memaklumkan pada 15 April mutu air di Pantai Pasir Ris kini kembali ke paras normal dan kegiatan air boleh disambung semula.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg