Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Misi derma melalui tabung masjid jaya kutip lebih $120,000 

Dec 29, 2024 | 4:22 PM
Tiga beradik sehati sejiwa ‘turun padang’ membantu Masjid Ar-Raudhah. Al’Faiz Muhammad Al’Ridzuan (dua dari kanan) bersama adiknya yang lain, Al’Waiz (tiga dari kanan) dan Al’Qais (paling kanan) bersama seorang lagi relawan masjid. Projek ini berlangsung pada 20 Disember lalu.
Tiga beradik sehati sejiwa ‘turun padang’ membantu Masjid Ar-Raudhah. Al’Faiz Muhammad Al’Ridzuan (dua dari kanan) bersama adiknya yang lain, Al’Waiz (tiga dari kanan) dan Al’Qais (paling kanan) bersama seorang lagi relawan masjid. Projek ini berlangsung pada 20 Disember lalu. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Acara kutipan derma tabung di masjid seluruh Singapura telah berjalan dengan jayanya pada Jumaat, 20 Disember lalu.

Pihak masjid turut menyediakan empat reruai kecil di Masjid Sultan, Masjid Pusara Aman, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Al-Istighfar, untuk memudahkan orang ramai memberikan sumbangan wakaf.

Seramai 140 sukarelawan hadir dan mengambil bahagian. Selain itu, sukarelawan daripada Perpaduan Amal dan Ibadah, atau PADI, yang terdiri daripada pemandu teksi seramai 27 orang juga turut membantu. Mereka menyediakan pengangkutan serta menghantar sukarelawan ke masjid yang telah ditetapkan dan mengambil mereka pulang ke Masjid Ar-Raudhah.

Antara yang menyingsing lengan dan gigih membantu, adalah tiga beradik lelaki yang menjadi relawan dan memegang tabung masjid pada hari tersebut. Mereka iaalah Al’Faiz Muhammad Al’Ridzuan, 15 tahun, pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah, dan dua adiknya, Al’Waiz, 12 tahun, pelajar Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah dan Al’Qais, 10 tahun, daripada Sekolah Rendah Huamin.  

Sejurus menerima semua tabung yang diisi dengan sumbangan orang ramai dan penderma budiman, pengiraan langsung dilakukan di Masjid Ar-Raudhah. Pengiraan wang sumbangan daripada tabung ini dilakukan oleh sukarelawan unit Muslimah serta dibantu oleh pegawai dan ahli pentadbir masjid yang lain. 

Menurut Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat, dan menyokong projek pungutan tabung yang kali pertama dijalankan ini. Antara yang memberikan sokongan bagi acara kutipan ini ialah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Sektor Satu Masjid (OMS) dan pelbagai badan lain.  

“Dengan rendah diri, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantu serta menjayakan projek pungutan melalui tabung ini. Antaranya, sokongan yang kami terima daripada Muis, OMS, empat kluster masjid di sini, PADI, unit Muslimah, kakitangan dan pentadbir di Masjid Ar-Raudhah, kesemua 140 relawan dan pelajar yang bertungkus lumus membantu hingga jayanya.

“Alhamdulillah, kami berjaya meraih sumbangan berjumlah $120,000 daripada projek ini. Semoga Allah swt merahmati kita semua dan memberi kejayaan bagi kami bagi mengumpul dana untuk Projek Menaik Taraf Masjid Ar-Raudhah ini pada masa akan datang,” tambah Ustaz Mohamed Ali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg