Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbangan kariah bawah naungan masjid dijunjung tinggi

Nov 29, 2024 | 5:30 AM
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Qaryah 10 pada 4 Oktober 2024 di Masjid Ar-Raudhah, bersama Ustaz Mohamed Ali Atan (dua dari kiri).
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Qaryah 10 pada 4 Oktober 2024 di Masjid Ar-Raudhah, bersama Ustaz Mohamed Ali Atan (dua dari kiri). - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Sumbangan kariah di bawah naungan Masjid Ar-Raudhah amat besar dan sentiasa dihargai.

Semangat gotong-royong dan saling membantu begitu teguh antara sesama penduduk, khususnya di kawasan Bukit Batok, kata Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan.

Beliau berkata sokongan yang diberikan oleh kariah itu sungguh bermakna bagi penduduk Melayu/Islam di kawasan tersebut.

Kariah itu, yang ditubuhkan semasa Masjid Ar-Raudhah dibina pada sekitar 1993, menganjurkan kegiatan ukhrawi seperti syarahan agama, solat berjemaah dan beberapa acara lain.

“Anggota kariah di kawasan Bukit Batok ini telah ditubuhkan pada 1993 dan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai penghulu di blok kejiranan Bukit Batok.

“Selain bertindak sebagai sukarelawan, kariah ini juga membantu mengadakan majlis syarahan, dan membantu dalam menjalankan solat Jumaat dan solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,” jelas Ustaz Mohamed Ali.

Dengan bertambahnya flat baru seperti flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di kawasan Bukit Batok, Ustaz Mohamed Ali yakin peranan kariah lebih genting dalam menyokong dan mendekati masyarakat Islam di daerah barat Singapura.

Masjid Ar-Raudah juga kerap bekerjasama dengan Persatuan Rakyat dan kelab masyarakat berdekatan serta di Kelab Perkhidmatan Awam (CSC) di Bukit Batok West Avenue 2. Antara lain, anggota kariah turut mengikuti pelbagai acara sihat seperti berbasikal, boling dan menyokong langkah ke arah gaya hidup sihat.

“Kumpulan kariah ini ditubuhkan bagi mengajak penduduk agar terus menyokong masjid kami dan menganjurkan kegiatan untuk penduduk Islam.

“Penduduk Melayu/Islam di Bukit Batok semakin besar dan terus bertambah, lebih-lebih lagi dengan pembangunan flat BTO baru di daerah Bukit Batok yang giat dibina.

“Kumpulan kariah kami juga kerap mengadakan kegiatan yang digemari ramai, tidak terlalu ekstrem dan memperjuangkan ke arah kehidupan yang lebih sihat.

“Kami mengadakan kegiatan seperti berjalan pantas, berbasikal dan acara boling di CSC Bukit Batok bersama jemaah Masjid Ar-Raudhah dan sukarelawan lain,” kata Ustaz Mohamed Ali.

Menurutnya, Masjid Ar-Raudhah kini mempunyai sembilan jawatankuasa kariah.

Pihaknya mengalukan-alukan golongan pelapis baru bagi menambah dan merancakkan program dan kerjasama dengan ahli kariah pada masa depan.

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Qaryah 10 telah diadakan pada 4 Oktober. Ia turut dihadiri wakil Qaryah 3 dan 4 serta anggota Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah.

Masjid Ar-Raudhah juga sedang mengusahakan pengumpulan dana bagi projek peningkatan dan mengharapkan sokongan ramai.

Cara menghulur sumbangan kepada dana naik taraf Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP; dalam ruangan ‘rujukan’. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan kirimkan ke alamat masjid di 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Imbas kod QR yang diberikan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg