Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Model hospital tidak cari untung tambah pilihan jagaan kesihatan privet kos rendah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Model hospital tidak cari untung tambah pilihan jagaan kesihatan privet kos rendah

Feb 05, 2024 | 08:07 PM



Model hospital akut privet baru bukan berasaskan keuntungan, yang diperkenalkan pada bulan lalu, boleh menambah pilihan bagi penjagaan kesihatan privet kos rendah untuk melengkapi penjagaan kesihatan awam dengan lebih baik.

Demikian menurut Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada 5 Februari, ketika menjawab soalan Parlimen yang difailkan oleh Dr Tan Wu Meng (GRC Jurong) mengenai model hospital akut privet bukan berasaskan keuntungan yang ada di Singapura sekarang, berbanding hospital serupa di ekonomi maju lain dan sama ada menambah kepelbagaian dalam model hospital akut akan melengkapi landskap penjagaan sedia ada di Singapura.

Dr Tan juga bertanya mengenai faktor yang boleh mengekang daya maju syarikat yang menyertai industri baru itu di sini dan bagaimana ia boleh ditangani, menurut laporan CNA.


Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan pada 8 Januari lalu, kapasiti katil hospital akut perlu ditingkatkan di kedua-dua sektor penjagaan kesihatan awam dan privet, dengan permintaan meningkat bagi khidmat penjagaan kesihatan disebabkan penduduk Singapura yang semakin menua.

“Model hospital akut privet baru yang bukan berasaskan keuntungan bertujuan menyediakan lebih banyak pilihan kepada rakyat Singapura yang ingin mendapat penjagaan dalam sektor penjagaan kesihatan privet,” menurut MOH ketika itu.

MOH turut mempelawa pengendali penjagaan kesihatan privet untuk menyertai satu konsultasi industri bagi model baru itu, yang akan diadakan hingga April.

Semasa sesi Parlimen itu, Encik Ong menyatakan sistem penjagaan kesihatan awam dilengkapi sistem penjagaan kesihatan privet yang mempunyai pelbagai hospital.

“Kebanyakannya mempunyai kos agak tinggi dan anda perlu… sama ada mampu membayar atau dilindungi insurans dengan baik untuk mendapat akses, dengan sedikit atau tanpa masa menunggu,” katanya.

Terdapat beberapa hospital privet dengan kos lebih rendah, seperti Hospital Mount Alvernia – satu-satunya hospital privet bukan berasaskan keuntungan di Singapura ketika ini, tambahnya.

“Pandangan MOH adalah kita boleh menambah pilihan bagi hospital privet kos rendah supaya penjagaan kesihatan privet melengkapi penjagaan kesihatan awam dengan lebih baik dan kita mempunyai pelbagai pilihan lebih mencukupi untuk rakyat Singapura,” ujarnya.

Encik Ong turut menegaskan hospital boleh beroperasi sebagai organisasi bukan berasaskan keuntungan kerana ia “lebih seiring” dengan misi kesihatan awam institusi berkenaan dan membantunya mengakses dana sumbangan dermawan.

“Selain itu, tiada perbezaan besar yang wujud dalam cara hospital berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan beroperasi, dari segi mutu penjagaan, perhatian kepada penjagaan berasaskan nilai, serta pengambilan dan pembangunan bakat,” jelas beliau.

MOH sedang mengadakan rundingan dengan industri tersebut untuk menubuhkan hospital privet seterusnya.

Bagaimanapun, aspek “bukan berasaskan keuntungan” yang diusulkan itu “bukan ciri utama” rundingan itu, katanya.

Menurutnya, “ciri lebih penting” adalah hospital berkenaan perlu memberi perkhidmatan terutamanya kepada rakyat Singapura.

Antara lain, akan ada tadbir urus lebih kukuh, di mana hospital akan hanya mempunyai satu lesen penjagaan kesihatan.

Pelbagai profesional di hospital tersebut, termasuk doktor pakar, pakar bedah, doktor perubatan umum (GP), ahli farmasi dan profesional pemulihan, perlu bekerja rapat sebagai satu pasukan dalam memberi khidmat kepada pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >