Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

MOE: Aplikasi urus peranti pelajar di 127 sekolah digodam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE: Aplikasi urus peranti pelajar di 127 sekolah digodam

Apr 20, 2024 | 06:22 PM



Nama dan alamat e-mel ibu bapa dan guru daripada 127 sekolah rendah dan menengah dibocorkan selepas wadah mudah alih pada peranti pembelajaran peribadi pelajar digodam, kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada 19 April.

Aplikasi, Mobile Guardian, yang dimuat naik pada peranti pembelajaran peribadi termasuk komputer riba Chromebook dan tablet iPad Apple, membantu ibu bapa mengurus penggunaan peranti anak mereka dan mengehadkan akses kepada laman web, aplikasi dan masa skrin tertentu, lapor The Straits Times.


Portal pengurusan pengguna, Mobile Guardian, telah diakses tanpa kebenaran di ibu pejabatnya di Surrey, Britain.

Kejadian itu menyebabkan kebocoran nama dan alamat e-mel ibu bapa dan guru dari lima sekolah rendah dan 122 sekolah menengah, kata MOE dalam satu kenyataan di laman webnya.

Ini bermakna kira-kira satu pertiga daripada semua sekolah rendah dan menengah di Singapura terjejas oleh kebocoran itu.

Ibu bapa dan guru yang maklumat peribadi mereka mungkin telah dibocorkan akan dimaklumkan, kata MOE.

Mereka dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang e-mel pancingan data yang mungkin dihantar kepada mereka.

Dalam e-mel yang dihantar kepada ibu bapa terjejas, pengarah Ruang Kerja Digital untuk Sekolah dan Kerjasama Pembelajaran dalam Teknologi Pendidikan di MOE berkata maklumat yang bocor itu termasuk nama pertama dan akhir ibu bapa, alamat e-mel, sekolah yang dihadiri pelajar, zon waktu mereka, serta sama ada seseorang itu ibu bapa atau kakitangan.

Menurut e-mel itu, lima sekolah rendah terlibat dalam percubaan mengenai penggunaan peranti pembelajaran peribadi pelajar.

MOE berkata wadah pengurusan perantinya sendiri tidak terjejas dan kekal tersedia untuk kegunaan ibu bapa pada peranti pembelajaran ChromeOS atau iOS pelajar.

MOE diberitahu tentang kejadian tersebut oleh Mobile Guardian pada 17 April.

Pihak kementerian telah membuat laporan polis dan melahirkan keprihatinan kepada syarikat perisian pengurusan peranti tersebut.

Mobile Guardian – yang turut mempunyai pejabat di Amerika Syarikat dan Afrika Selatan – telah mengunci akaun pentadbirannya dan sedang menjalankan siasatan bagaimana kebocoran itu mungkin berlaku.

Syarikat itu dilantik sebagai vendor perkhidmatan pengurusan peranti mudah alih rasmi MOE pada November 2020.

MOE telah menjalankan kajian antara 2021 dengan 2022 mengenai penggunaan peranti pembelajaran peribadi di sekolah rendah dan pembelajaran murid.

Ia melibatkan lima sekolah rendah: Chua Chu Kang, Frontier, Junyuan, River Valley dan Yio Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >