SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

MOE nasihati ibu bapa awasi anak sertai cabaran bahaya dalam talian

MOE nasihati ibu bapa awasi anak sertai cabaran bahaya dalam talian

Mar 5, 2025 | 3:54 PM

MOE nasihati ibu bapa awasi anak sertai cabaran bahaya dalam talian

Kementerian Pendidikan (MOE) menasihatkan ibu bapa supaya membimbing anak-anak mereka dalam membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab tentang cabaran dalam talian yang berisiko.
Kementerian Pendidikan (MOE) menasihatkan ibu bapa supaya membimbing anak-anak mereka dalam membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab tentang cabaran dalam talian yang berisiko. - Foto fail

Kementerian Pendidikan (MOE) menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak mereka yang mungkin cuba menyahut trend cabaran dalam talian yang berbahaya.

Menurut The Straits Times, salah satu cabaran yang disebut dalam nasihat pada 3 Mac menerusi aplikasi Parents Gateway itu ialah Blackout Challenge, yang melibatkan aksi mencekik diri dengan barangan keperluan rumah sehingga pengsan beberapa saat.

Nasihat itu dikeluarkan dua hari selepas pencipta kandungan, Runner Kao, dalam hantaran di Instagram menyelar tindakan dua budak lelaki dalam klip, salah seorang daripada mereka tercekik.

Walaupun hantaran di media sosial itu tidak menyertakan klip yang dikongsi dengan pencipta kandungan, ia mengandungi tangkap layar yang menunjukkan seorang budak lelaki melepaskan genggamannya hanya selepas seorang lagi budak lelaki lain tidak sedarkan diri.

Berdasarkan hantaran yang kini dipadamkan, kanak-kanak lelaki itu, yang dilihat memakai kemeja-T Sekolah Menengah St Hilda, terlibat dalam “permainan” dengan seorang mencekik yang lain sehingga mereka pengsan.

Terdapat laporan mengenai kanak-kanak di banyak negara di seluruh dunia yang maut semasa mencuba aksi, Blackout Challenge.

Pada Februari, keluarga empat kanak-kanak di Britain telah memfailkan tindakan saman terhadap TikTok selepas mereka menuduh wadah media sosial itu “membanjiri mereka dengan trend membahayakan yang tidak berkesudahan”, lapor BBC.

Anak-anak mereka dikatakan telah mencuba cabaran tersebut dan mati ketika berbuat demikian.

Justeru, MOE menyeru ibu bapa supaya “memainkan peranan aktif dalam membimbing anak-anak dalam membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab tentang cabaran dalam talian yang berisiko”.

Beberapa panduan yang digariskan untuk ibu bapa termasuk mengikuti trend dalam talian; membincangkan potensi bahaya menyertai cabaran sedemikian dengan anak-anak; dan menggalakkan anak mereka bercakap dengan orang dewasa yang dipercayai jika mereka mengetahui ada rakan yang mengambil bahagian dalam cabaran tersebut.

Nasihat MOE itu juga menekankan cabaran, Skull Breaker Challenge, dengan seseorang melompat ketika dua orang lain cuba menendang kakinya untuk membuatnya jatuh ke belakang dengan kepalanya terkena lantai terlebih dahulu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg