Pelajar darjah satu, tadika satu dan menengah satu di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (MOE) akan memulakan tahun persekolahan baru pada 2 Januari 2025.
Dalam satu kenyataan pada 12 Ogos yang memperincikan penggal dan cuti persekolahan bagi 2025, MOE mengatakan murid tadika 2 dan pelajar darjah dua hingga enam akan melaporkan diri ke sekolah pada 3 Januari.
Pelajar maktab rendah (JC) dan Institut Millennia (MI) tahun pertama akan memulakan penggal sekolah pada 5 Februari 2025. Pelajar tahun kedua atau tahun ketiga bagi JC dan MI akan bermula pada 13 Januari.
Tarikh tamat persekolahan bagi pelajar tadika, sekolah rendah dan menengah MOE adalah 21 November.
Namun, sekolah yang akan dijadikan tempat peperiksaan bertulis bagi Peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ akan berakhir lebih awal pada 24 Oktober.
Cuti sekolah Hari Belia jatuh pada 7 Julai manakala Hari Guru pada 5 September. Tadika MOE dan pelajar sekolah rendah akan menyambut Hari Kanak-kanak pada 3 Oktober.
Cuti umum Hari Raya Haji dan Hari Kebangsaan masing-masing jatuh pada Sabtu – 7 Jun dan 9 Ogos.
Sekolah akan ditutup pada 9 Jun – walaupun ini tertakluk kepada pengesahan lanjut – dan 11 Ogos kerana kedua-dua hari telah ditetapkan sebagai cuti sebagai ganti.
Maklumat lanjut bagi penggal dan cuti sekolah 2025 boleh didapati di laman MOE.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg