Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

MOE siap pelajar, pendidik bangun ilmu asas penggunaan AI

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOE siap pelajar, pendidik bangun ilmu asas penggunaan AI

Jan 09, 2024 | 05:53 PM



Menyedari bahawa kecerdasan buatan (AI) akan menjadi semakin meluas di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian, Kementerian Pendidikan (MOE) sudah pun memulakan usaha membangunkan ilmu asas AI dalam kalangan pelajar.

Pelajar daripada peringkat sekolah rendah hingga institut pengajian tinggi (IHL) juga diajar tentang penggunaan AI dengan selamat dan bertanggungjawab.

Selain itu, para pendidik juga diberi bimbingan, sumber dan latihan untuk menggunakan AI bagi meningkatkan pembelajaran.

Demikian kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing di Parlimen pada 9 Januari dalam menjawab soalan yang diajukan beberapa Anggota Parlimen (AP) berkenaan cara kementeriannya mempersiapkan pelajar, pendidik dan tenaga kerja bagi penggunaan AI.

“Pelajar memperoleh pengetahuan digital yang relevan, seperti memahami AI, penggunaan dan batasannya dan pertimbangan etika sepanjang pembelajaran subjek yang berbeza.

“Pelajar juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pembelajaran mereka melalui program berasaskan sekolah seperti CCA (kegiatan kokurikulum), Program Pembelajaran Gunaan (ALP) dan program pengayaan yang mungkin diajar oleh guru, rakan kongsi industri atau penyedia perkhidmatan,” kata Encik Chan.

Beliau berkongsi bahawa pada 2023, hampir 17,000 pelajar memohon untuk menyertai Program Pendekatan Pelajar AI kendalian AI Singapore.

Daripada jumlah tersebut, 52 peratus merupakan pelajar sekolah menengah, 23 peratus pelajar daripada universiti berautonomi dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE), 11 peratus pelajar politeknik, 11 peratus pelajar sekolah Program Bersepadu (IP) dan tiga peratus pelajar maktab rendah.

Selain pengetahuan AI, sekolah dan IHL juga mempunyai langkah mengawal risiko AI termasuk melengkapi pelajar dengan kemahiran menilai maklumat dan mengenal pasti berita palsu termasuk yang dihantar melalui sistem AI, memahami keselamatan data, privasi dan tingkah laku dalam talian yang bertanggungjawab.

AP Dilantik, Cik Jean See dalam soalan susulan bertanya tentang etika dalam menggunakan AI dan bagaimana pelajar dipersiapkan untuk melakukan tugas-tugas berkaitan AI pada masa depan.

Encik Chan berkata MOE setuju bahawa mempelajari cara menggunakan AI secara beretika adalah sangat penting. Oleh itu, dalam pengajaran penggunaan AI, MOE akan selalu menekankan penggunaan AI beretika selain mengajar kemahiran teknikal yang diperlukan.

“Ia melebihi hanya mengiktiraf (penggunaan AI) atau memberitahu orang bahawa AI telah digunakan, tetapi lebih penting lagi untuk mengakui kelemahan algoritma AI serta berat sebelah yang mungkin wujud semasa penggunaan AI itu sendiri,” jelas Encik Chan.

“Guru juga membimbing pelajar untuk menggunakan AI bagi menyokong pembelajaran mereka, menekankan etika yang berkaitan dengan penggunaan data dan AI, seperti kepentingan integriti dan pengendalian data yang betul,” tambah beliau.

Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) pula bertanya sama ada sekolah mengajar pelajar cara memasuki input (selalunya melalui teks) atau ‘prompt’ untuk meminta AI generatif melaksanakan tugas tertentu kerana ini adalah kemahiran yang semakin diperlukan di tempat kerja.

Encik Chan berkata ia bergantung pada tahap pendedahan yang diberikan kepada pelajar.

“Lain pelajar belajar menggunakan AI pada tahap kemahiran yang berbeza,” katanya.

Ini selaras dengan “pelajaran yang sesuai dengan umur” tambahnya, dan pelajar boleh mengasah kemahiran AI mereka pada tahap yang sesuai.

IHL juga menggabungkan penggunaan alat AI dalam domain tertentu untuk memastikan pelajar memahami risiko yang ditimbulkan AI, seperti potensi untuk menyebarkan maklumat yang salah.

Mereka juga mempunyai rangka kerja tadbir urus untuk memastikan penggunaan AI yang beretika dan bertanggungjawab, tambah Encik Chan lagi.

Dalam pada itu, di luar sekolah dan IHL, golongan dewasa yang bekerja juga boleh mengikuti kursus SkillsFuture berkaitan AI untuk menjadi pengguna AI yang bijak dan selamat dalam industri masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >