MOE terima aduan mengenai Little Professors pada 2025, tiada perkara ‘tidak wajar’ ditemui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOE terima aduan mengenai Little Professors pada 2025, tiada perkara ‘tidak wajar’ ditemui

Mar 2, 2026 | 9:04 PM

MOE terima aduan mengenai Little Professors pada 2025, tiada perkara ‘tidak wajar’ ditemui

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dr Janil Puthucheary, MOE, Little Professors
Menteri Kanan Negara (Pendidikan), Dr Janil Puthucheary, berkata keutamaan pertama Kementeri Pendidikan (MOE) adalah menyediakan penjagaan kepada kanak-kanak yang terjejas. - Foto fail

Kementerian Pendidikan (MOE) telah menerima maklum balas mengenai pengendali penjagaan pelajar, Little Professors Learning Centre pada 2025, namun mendapati tiada perkara yang “tidak wajar”, kata Menteri Kanan Negara (Pendidikan), Dr Janil Puthucheary, pada 2 Mac.

Selepas pihak kementerian menamatkan perkhidmatan Little Professors pada Februari 2026, susulan siasatan mengenai gaji kakitangan yang belum dibayar dan caj berganda kepada ibu bapa, MOE kembali menyemak semula aduan dan maklum balas tentang pengendali itu yang diterima sepanjang 2025.

Ia “tidak berbeza daripada apa yang telah kami lihat bagi pengendali lain,” kata Dr Janil di Parlimen.

“Terdapat pelbagai perkara. Sesetengah memberi maklum balas mengenai mutu makanan, tingkah laku seorang kanak-kanak terhadap anak ibu bapa lain, laporan mengenai perkhidmatan atau guru, dan kami juga menerima beberapa laporan daripada guru sebagai pekerja,” jelas beliau.

Tindakan telah diambil terhadap Little Professors, yang mengendalikan pusat penjagaan pelajar di sekurang-kurangnya lapan sekolah rendah, apabila MOE menyedari satu kejadian serius berlaku pada Februari, tambah Dr Janil.

Beliau menjawab pertanyaan Encik Shawn Loh (GRC Jalan Besar), mengenai dasar pelaporan salah laku MOE, susulan maklum balas yang diterima sebelum ini.

“Ibu bapa di kawasan Whampoa dan Boon Keng memberitahu saya mereka telah memberi maklum balas mengenai penurunan mutu pusat penjagaan pelajar tahun lalu,” kata Encik Loh, yang juga penasihat kepada Kesatuan Khidmat Pendidikan (ESU) dan Kesatuan Guru Singapura (STU).

“Justeru, apabila MOE mengatakan mereka hanya mengetahui perkara ini pada Februari 2026, ibu bapa memberitahu saya ia tidak selari dengan maklum balas yang telah mereka berikan,” tambah beliau.

Menurut ibu bapa, kejadian itu “dikesali tetapi mungkin boleh dielakkan.” 

Sekolah Hong Wen di Towner Road, dalam kawasan di bawah jagaannya, adalah salah satu daripada lapan sekolah terjejas yang sebelum ini menggunakan perkhidmatan Little Professors untuk penjagaan selepas sekolah.

Dr Janil berkata keutamaan pertama MOE adalah menyediakan penjagaan kepada kanak-kanak.

“Seterusnya, apabila timbul beberapa isu berkaitan kewangan, kami membuat laporan polis dan perkara itu kini dalam siasatan,” tambah beliau.

Sebelum tamatnya perkhidmatan Little Professors, MOE tidak mempunyai sebab untuk menamatkan perkhidmatan mana-mana pengendali pusat penjagaan pelajar, jelas beliau.

Pada 2025, MOE menerima sejumlah 212 e-mel dan panggilan telefon yang memberi maklum balas mengenai pusat penjagaan pelajar dan pusat KCare, yang menyediakan penjagaan selepas sekolah untuk kanak-kanak di tadika MOE, kata Dr Janil.

Pihak kementerian telah meneliti semua maklum balas tersebut dan membuat semakan susulan dengan sekolah dan pengendali apabila perlu.

Dr Janil berkata: “Kami mengiktiraf terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam sektor ini bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, memperkukuh daya tahan pengendali dan memantau penyediaan perkhidmatan dengan lebih baik.

“Kami sedang menilai semula proses pemilihan dan pemantauan pengendali Pusat Penjagaan Pelajar (SCC) dan KCare.”

Beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Encik Loh dan Dr Hamid Razak (GRC West Coast-Jurong West), bertanya mengenai tadbir urus pusat penjagaan pelajar serta tindakan yang boleh diambil oleh kakitangan dan ibu bapa yang terjejas.

Keseluruhannya, lapan AP mengemukakan soalan mengenai rancangan susulan MOE selepas peristiwa membabitkan Little Professors itu, termasuk meminta pemantauan lebih baik terhadap kedudukan kewangan pengendali pusat penjagaan pelajar.

Menurut Dr Janil, beberapa bekas kakitangan Little Professors kini telah bekerja semula di pusat asal mereka di sekolah, dan dibayar oleh MOE sehingga pengendali tetap dilantik.

Sementara itu, kakitangan sekolah dari lapan sekolah rendah terjejas telah dikerah untuk memantau penjagaan selepas sekolah bagi 1,800 kanak-kanak yang sebelum ini berada di bawah Little Professors.

Bagi mengelakkan kebergantungan kepada guru untuk menampung tugas penjagaan selepas sekolah, Dr Hamid menyarankan semakan terhadap pengendali semasa dan menyenaraikan pengendali yang boleh bekerjasama sebagai langkah sokongan apabila perlu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg