Pihak berkuasa siasat pengendali pusat jagaan pelajar Little Professors bagi gaji tertunggak 54 pekerja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pihak berkuasa siasat pengendali pusat jagaan pelajar Little Professors bagi gaji tertunggak 54 pekerja

Feb 15, 2026 | 5:53 PM

Pihak berkuasa siasat pengendali pusat jagaan pelajar Little Professors bagi gaji tertunggak 54 pekerja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Little Professors mengendalikan pusat jagaan pelajar di sekolah termasuk di Sekolah Rendah White Sands dan Sekolah Hong Wen.
Little Professors mengendalikan pusat jagaan pelajar di sekolah termasuk di Sekolah Rendah White Sands dan Sekolah Hong Wen. - Foto ST

Seramai 54 kakitangan telah membuat laporan mengenai bayaran gaji yang belum dilunaskan oleh penyedia khidmat jagaan pelajar, Little Professors Learning Centre, yang kini disiasat oleh Kementerian Tenaga Kerja (MOM) bagi kemungkinan kesalahan di bawah Akta Pekerjaan.

Kakitangan itu mendakwa bahawa syarikat tersebut – yang mengendalikan pusat jagaan pelajar di sekurang-kurangnya lapan sekolah rendah – belum membayar gaji bagi Januari serta caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka sejak November 2025.

Dalam kenyataan bersama pada malam 14 Februari, MOM, Perikatan Tiga Pihak bagi Penyelesaian Pertikaian (TADM) dan Lembaga CPF (CPFB) berkata kakitangan itu telah mengemukakan tuntutan di TADM dari Januari hingga Februari.

Seramai 19 pekerja juga telah membuat laporan kepada CPFB bagi caruman CPF tertunggak yang dikesan pada Disember 2025.

CPFB telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Little Professors, dengan kes tersebut dihadapkan ke mahkamah.

Dalam kenyataan pada 14 Februari, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata ia telah menamatkan perkhidmatan Little Professors di lapan sekolah berkenaan pada hari yang sama disebabkan “pelanggaran kontrak”.

MOE juga telah membuat laporan polis mengenai ketidakselarasan dalam potongan Giro yang dilaporkan oleh ibu bapa.

Polis mengesahkan bahawa laporan telah diterima dan siasatan sedang dijalankan.

Dalam kenyataan media pada 14 Februari, presiden Kesatuan Khidmat Pendidikan (ESU), Encik Harry Lee, berkata pihaknya sedang meneliti kes ini.

Little Professors merupakan syarikat tidak berkesatuan.

ESU dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sedang bekerjasama dengan anggota terjejas untuk menilai sama ada bantuan kewangan jangka pendek dan rujukan kepada pekerjaan lain boleh ditawarkan dalam rangkaian ESU, jelas Encik Lee.

Segelintir ibu bapa turut mendapati mereka telah dikenakan potongan Giro dua kali bagi yuran jagaan pelajar untuk anak mereka pada Februari.

Little Professors mengendalikan pusat jagaan pelajar di sekolah termasuk di Sekolah Rendah White Sands dan Sekolah Hong Wen.

Syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan penjagaan bagi kanak-kanak di tadika MOE di enam sekolah rendah – Kranji, Anchor Green, Waterway, Punggol Cove, Jing Shan dan Westwood – menurut laman web sekolah itu.

Perkhidmatan ini dikenali sebagai khidmat penjagaan di tadika (KCare) .

Encik Lee berkata ESU akan bekerjasama dengan TADM dan agensi pemerintah yang relevan untuk memberi sokongan kepada pekerja terjejas.

“Keutamaan kami adalah memastikan mereka menerima bantuan yang mereka perlukan dalam tempoh ini,” katanya, sambil menambah bahawa ESU akan memberi maklumat lanjut pada masa sesuai.

Kakitangan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi TADM di tal.sg/tadm/contact-us, atau menghubungi ESU di talian 6872-1148 atau e-mel esu@ntuc.org.sg.

Mereka juga boleh mengemukakan kes melalui https://www.ntuc.org.sg/uportal/E-Services

“Semua majikan mesti membayar gaji dan caruman CPF pekerja tepat pada masanya,” menurut kenyataan bersama oleh MOM, CPFB dan TADM.

Pekerja di Singapura yang tidak menerima gaji tepat pada masanya boleh mengemukakan tuntutan kepada TADM, yang akan membantu mereka mendapatkan semula gaji sama ada melalui proses pengantaraan atau dengan merujuk kes ke Tribunal Tuntutan Pekerjaan (ECT).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg