Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH batalkan lesen klinik Bishan kerana gagal kawal preskripsi ubat

Jan 26, 2025 | 11:56 AM
Prudence Family Clinic, di 512 Bishan Street 13, kini tidak boleh menawarkan khidmat penjagaan kesihatan di lokasinya, menerusi kunjungan ke rumah pesakit atau melalui telekonsultasi, menurut MOH pada 25 Januari. 
Prudence Family Clinic, di 512 Bishan Street 13, kini tidak boleh menawarkan khidmat penjagaan kesihatan di lokasinya, menerusi kunjungan ke rumah pesakit atau melalui telekonsultasi, menurut MOH pada 25 Januari.  - Foto TNP

Sebuah klinik di Bishan kehilangan lesennya untuk menawarkan khidmat perubatan kepada pesakit selepas ia dibatalkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 24 Januari.

Ini disebabkan klinik itu berulang kali gagal mengawal preskripsi ubatnya seperti benzodiazepine bagi pesakit.

Prudence Family Clinic, di 512 Bishan Street 13, kini tidak boleh menawarkan khidmat penjagaan kesihatan di lokasinya, menerusi kunjungan ke rumah pesakit atau melalui telekonsultasi, menurut MOH pada 25 Januari.

Menurut siasatannya, MOH mendapati bahawa klinik itu telah beberapa kali melanggar Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan, berhubung preskripsi ubat batuk codeine, benzodiazepine dan ubat hipnotik lain.

Antara lain, klinik itu gagal memastikan doktornya tidak memberikan dua atau lebih benzodiazepine atau ubat hipnotik lain kepada pesakit secara serentak.

Prudence Family Clinic juga gagal memastikan doktornya merujukkan pesakit kepada doktor pakar bagi pengurusan lanjut penyakit mereka, selepas pesakit itu telah mengambil benzodiazepine atau ubat hipnotik lain melebihi lapan minggu secara keseluruhan.

Klinik tersebut juga gagal merakam rekod kesihatan bagi pesakit yang diberikan ubat sedemikian, kata MOH.

Pentauliahan klinik itu serta penyertaannya dalam program Healthier SG serta Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan MediSave juga dihentikan.

Dua doktor daripada klinik itu telah dirujukkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) disebabkan amalan preskripsi ubat yang melanggar peraturan dan akan dirujukkan kepada Majlis Perubatan Singapura (SMC).

Menurut MOH, klinik tersebut telah diberikan notis pada 20 Disember berhubung pembatalan lesennya namun tidak mengemukakan bantahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg