Topic followed successfully
Go to BHkuPadah dendam peribadi: Lelaki dijel 15 bulan dek kirim daging babi ke masjid
Padah dendam peribadi: Lelaki dijel 15 bulan dek kirim daging babi ke masjid
Mahkamah tegaskan hukuman berat cegah keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama S’pura
May 11, 2026 | 4:58 PM
Padah dendam peribadi: Lelaki dijel 15 bulan dek kirim daging babi ke masjid
Bill Tan Keng Hwee dijatuhi hukuman penjara setahun tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan melakukan perbuatan yang menyakiti perasaan keagamaan tiga pengadu beragama Islam. - Foto fail
Disebabkan rasa tidak puas hati terhadap seorang wanita yang dikenalinya, seorang lelaki menghantar surat mengandungi hirisan daging babi berserta maklumat wanita tersebut ke beberapa masjid.
Bill Tan Keng Hwee, 62 tahun, yang hadir ke mahkamah menerusi pautan video pada 11 Mei, melakukan kesalahan itu kerana mahu penerima di masjid mengganggu wanita berkenaan.
Laporan berkaitan
Lelaki diberkas atas dakwaan sengaja hina agama seseorangMar 17, 2026 | 6:05 PM
Insiden lain berkait tempat ibadah di S’puraDec 21, 2025 | 5:00 PM

