Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOU tiga pihak jadikan golf mudah diakses

Jan 28, 2024 | 4:11 PM
GOLF UNTUK SEMUA: (Dari kiri) Encik Ivan Chua, Naib Presiden SGA, Encik Lim dan juga Encik Madasamy Murugiah, Presiden SPGA menandatangai MOU baru di Kelab Orchid Country dengan tujuan menjadikan golf lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua rakyat Singapura.
GOLF UNTUK SEMUA: (Dari kiri) Encik Ivan Chua, Naib Presiden SGA, Encik Lim dan juga Encik Madasamy Murugiah, Presiden SPGA menandatangai MOU baru di Kelab Orchid Country dengan tujuan menjadikan golf lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua rakyat Singapura. - Foto SGA/The Picture Suite

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) tiga pihak yang kedua telah ditandatangani dengan tujuan menjadikan golf lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua rakyat Singapura.

Perjanjian terbaru antara Persatuan Golf Singapura (SGA), Persatuan Pemain Golf Profesional Singapura (SPGA), dengan Kelab NTUC ini akan menyaksikan usaha berterusan untuk mempromosikan lagi inisiatif jangkauan masyarakatnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SGA berkata Kelab NTUC akan memanfaatkan program Get Golfing!’ SGA! dan program masyarakat SPGA.

Akademi My Golf Kaki (MGK), yang dikendalikan oleh Kelab NTUC, akan memperkenalkan pelbagai program golf perkenalan dengan SGA membantu dalam program golf khusus.

Profesional SPGA pula akan bertindak sebagai duta golf untuk melibatkan peserta.

Akademi itu juga akan berfungsi sebagai salah satu pusat latihan untuk program sekolah, dengan sijil kemahiran (yang diiktiraf oleh SGA) dikeluarkan oleh MGK Academy.

Mengulas tentang perjanjian baru itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab NTUC, Encik Lim Eng Lee berharap inisiatif tersebut dapat menjadikan golf lebih inklusif dan lebih mudah diakses oleh semua.

“Menandatangani MOU terbaru bersama NTUC Club dan SGA adalah langkah penting dan ia mengesahkan komitmen kami untuk merealisasikannya.

“Dalam beberapa bulan akan datang, MGK, dengan kerjasama SGA dan SPGA akan melancarkan lebih banyak aktiviti dan program untuk ahli MGK kami,” kata Encik Lim.

Di bawah MOU pertama yang ditandatangani pada 2021, My Golf Kaki (MGK) Academy telah ditubuhkan untuk menyediakan program bermain golf, dan memudahkan pengalaman pembelajaran untuk rakyat Singapura biasa.

My Golf Kaki ialah sekumpulan peminat golf, dan ia didorong oleh semangat yang mendalam untuk menjadikan golf mudah diakses oleh semua orang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg