Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain golf remaja intai tempat dalam Kejohanan Dunia HSBC

Jan 24, 2024 | 04:11 PM



Kayu golf yang dihadiahkan rakan sekerja bapa Chen Xingtong menjadi langkah permulaan gadis berusia 15 tahun itu dalam sukan golf.

Bapanya kemudian mendaftarkan Xingtong untuk belajar bermain golf di Warren Golf and Country Club pada awal 2019, meskipun tiada anggota keluarga lain yang melahirkan minat dalam sukan itu.

Berkongsi dengan The Straits Times (ST), dia menceritakan bahawa dirinya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sukan itu dan menyifatkan hayunan kayu golf sebagai salah satu perkara paling sukar baginya pada tahap permulaan.


Bahkan, dia berhenti daripada sukan renang secara kompetitif setahun selepas memulakan kelas bermain golf untuk tumpukan perhatian pada golf secara serius.

Pada 2020, dia menyertai skuad masa hadapan Persatuan Golf Singapura (SGA) – terdiri daripada pemain golf remaja terpilih yang telah berjaya dalam acara peringkat junior – dan berjaya menembusi skuad junior pada tahun berikutnya.

Xingtong berkata dia menggemari golf kerana dia “tidak bersaing dengan orang lain, dia hanya cuba mengurangkan jumlah kesilapan yang dilakukan” sambil menambah bahawa selagi mana anda bermain dengan baik, “anda mempunyai peluang yang baik”.

“Anda tidak tahu bagaimana orang lain bermain melainkan sekiranya anda jejaki prestasi mereka, anda fokus saja pada diri sendiri – ia lebih memikat minat saya,” jelasnya.

Dia pada mulanya bermula dalam sukan renang tetapi memutuskan untuk beralih kepada sukan golf kerana jadual latihan yang mencabar.

Ini setelah dari Darjah 1 hingga Darjah 3, dia terpaksa menyesuaikan sesi latihan harian dengan pelajaran dan kegiatan kokurikulum tarian Cina.

Dedikasi terhadap sukan itu begitu menyerlah sehinggakan dia berpindah dari Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang untuk menyertai Sekolah Sukan Singapura kerana ia menawarkan program yang membolehkannya menumpukan perhatian pada golf dan pelajaran.

Pelajar menengah 4 itu menjelaskan: “Dalam golf, terdapat lebih banyak aspek mental, seperti latihan kerana anda perlu belajar cara menangani tekanan semasa kejohanan.”

Musim ini, Xingtong berharap mahu meneruskan rentak kemenangan susulan menjadi juara dalam kejohanan antarabangsa sulungnya di Terbuka Amatur Selangor pada 2023.

Pada 24 dan 25 Januari, dia akan bersaing dalam kejohanan kelayakan kebangsaan untuk Kejohanan Dunia Wanita HSBC di Sentosa Golf Club – temasya utama berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac.

“Ramai pemain profesional terbaik akan turun padang jadi ia satu pengalaman sambil belajar yang baik untuk saya.

“Misalnya, jika mereka membuat hayunan yang salah atau tersasar, saya dapat lihat dan belajar cara mereka bangkit semula daripada kesilapan sedemikian dan barangkali menyerap teknik mereka ke dalam permainan saya juga,” tambah Xingtong.

Juara Kejohanan Dunia Wanita HSBC akan membawa pulang hadiah sebanyak AS$1.8 juta ($2.41 juta).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >