Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muhammadiyah agih zakat kepada keluarga susah, beri manfaat kepada 15,000 individu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muhammadiyah agih zakat kepada keluarga susah, beri manfaat kepada 15,000 individu

Mar 28, 2024 | 04:44 PM



Pada Sabtu, 30 Mac, Persatuan Muhammadiyah telah mengagihkan zakat tahunannya kepada 400 keluarga berpendapatan rendah.

Keluarga-keluarga tersebut adalah daripada benefisiari Muhammadiyah, di mana kebanyakannya adalah keluarga Islam yang mengalami masalah kewangan, sama ada menganggur kerana sakit, ibu bapa tunggal atau warga emas yang tinggal sendiri.

100 benefisiari telah menerima hamper Pra-Syawal mereka secara fizikal pada acara ‘Agihan Zakat Persatuan Muhammadiyah’ di Persada Budaya, Wisma Geylang Serai, pada 30 Mac 2024, manakala yang lain akan dihantar ke rumah mereka oleh sukarelawan yang membantu dalam inisiatif murni ini.

Bungkusan hamper termasuk kuih Hari Raya yang disumbangkan oleh syarikat Mdm Ling Bakery, beg snek sihat oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan wang zakat; sama ada secara tunai atau dipindahkan ke akaun bank mereka.


Semua ini hasil sumbangan murah hati daripada masyarakat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Muhammadiyah mengagihkan zakat yang diterima kepada semua lapan asnaf melalui program-program dan khidmat dakwah, pendidikan dan kebajikan. Setiap tahun, usaha-usaha persatuan ini dapat memberi manfaat kepada lebih daripada 15,000 individu secara purata.

Muhammadiyah dapat memberi manfaat dan impak kepada mereka yang memerlukan melalui pelbagai program kendalian mereka. Seperti kelas mengaji percuma, kursus agama, pembangunan asatizah, tadika Muhammadiyah, Kolej Islam Muhammadiyah, madrasah mingguan dan sepenuh masa, biasiswa Muhammadiyah, bantuan keluarga fakir dan miskin, bantuan pelajar kurang berkemampuan, Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH), Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang untuk Warga Tua (MHCC) dan lain-lain lagi.

Muhammadiyah menerima zakat, infak, fidyah melalui pelbagai cara seperti di bazar Ramadan, kutipan dari rumah, PayNow atau dalam talian.

Singgah di gerai Muhammadiyah di bazar-bazar ini, setiap hari dari jam 2 petang hingga 9 malam, untuk melaksanakan kewajipan zakat anda, atau layari muhammadiyah.org.sg/zakat untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >