Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah ajak hayati erti ibadah korban

May 23, 2025 | 5:30 AM
muhammadiyahm kambing, korban, 2025
Pada 2024, Persatuan Muhammadiyah telah menempah 101 ekor kambing dari Australia bagi pelaksanaan ibadah korban. Diharapkan lebih ramai akan menyertainya pada 2025. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Ibadah korban bukan sekadar amalan tahunan. Ia merupakan simbol ketaatan, pengorbanan, dan kasih sayang yang melangkaui batas masa dan sempadan.

Demikian dinyatakan oleh Persatuan Muhammadiyah dalam satu kenyataan.

Menurut persatuan itu, korban adalah sunah nabi, khususnya Nabi Ibrahim as, yang menjadi teladan utama dalam penghayatan nilai keikhlasan dan kepatuhan kepada perintah Ilahi.

Malah, ia turut ditekankan dalam surah Al-Hajj, ayat 37: “Daging dan darah unta itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah swt, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.”

Ringankan beban golongan memerlukan

Persatuan Muhammadiyah menerangkan bahawa ibadah korban menuntut keikhlasan hati dan bukan hanya zahir perbuatan.

Ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan dan pengorbanan, malah turut membawa rahmat nyata kepada golongan memerlukan.

Bagi mereka yang kurang bernasib baik, daging korban menjadi sumber kelegaan dan kegembiraan, khususnya pada Hari Raya Aidiladha yang sinonim dengan semangat memberi dan berkongsi.

Meneruskan tradisi itu, Program Korban anjuran Persatuan Muhammadiyah bukan sekadar menghidupkan sunah Nabi Ibrahim as, malah memberi manfaat langsung kepada warga emas, keluarga berpendapatan rendah, serta individu yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup dan kekurangan makanan asas di Singapura.

Ia adalah manifestasi kasih sayang dan perpaduan masyarakat, seiring dengan nilai korban yang merentasi masa dan sempadan.

Setiap tahun, ribuan umat Islam memilih Persatuan Muhammadiyah untuk melaksanakan ibadah korban, berlandaskan kepercayaan terhadap rekod kecemerlangan persatuan ini dalam bidang kebajikan dan kemanusiaan sejak 1957.

Persatuan Muhammadiyah beriltizam dalam memastikan pelaksanaan korban dilakukan dengan kepatuhan syariah, serta dijalankan secara telus, amanah dan berintegriti.

Program kembara korban 

Pada 2025, persatuan ini turut mengadakan Program Kembara Korban di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, dengan kegiatan menarik dalam program enam hari lima malam.

Ia termasuk menyaksikan proses korban, lawatan ke Danau Toba dan Berastagi, kegiatan kebudayaan dan kerohanian serta kegiatan yang menghubungkan peserta dengan makna sebenar ibadah dan pengorbanan.

Selain di Indonesia, Persatuan Muhammadiyah turut menawarkan korban di Palestin, Yaman dan Uganda.

Korban di tempat itu memberi manfaat kepada golongan yang dilanda persengketaan serta yang hidup miskin.

Sumbangan yang diberikan membawa harapan, keberkatan dan kegembiraan kepada mereka.

Panduan digital Aidiladha & korban

Sebagai menambah nilai khidmat persatuan ini, ia turut menyediakan panduan Aidiladha secara percuma dalam bentuk digital.

Kandungannya termasuk hukum-hakam korban, adab korban dan amalan sunat dalam bulan Zulhijah bagi sohibul korban. 

Panduan digital itu diedarkan kepada anggota Muhammadiyah, penderma dan sohibul korban sejak beberapa tahun lalu.

Ganjaran korban

Ganjaran korban sangat istimewa seperti sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud tiada amalan yang lebih disukai oleh Allah swt pada hari-hari tasyrik selain daripada menyembelih haiwan korban.

Ganjarannya bermula sebelum titisan darah pertama jatuh ke bumi.

Persatuan Muhammadiyah menyeru orang ramai agar tidak melepaskan peluang menjadikan ibadah korban sebagai usaha memperbaiki diri dan membawa perubahan positif kepada masyarakat.

Jika anda berminat melaksanakan korban bersama Persatuan Muhammadiyah, sila kunjungi laman web, muhammadiyah.org.sg/qurban

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg