Muhammadiyah berusaha bina ummah yang lebih kuat dan bertimbang rasa menerusi pendidikan dan kebajikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah berusaha bina ummah yang lebih kuat dan bertimbang rasa menerusi pendidikan dan kebajikan

Feb 24, 2026 | 3:15 PM

Muhammadiyah berusaha bina ummah yang lebih kuat dan bertimbang rasa menerusi pendidikan dan kebajikan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Gambar menunjukkan pelajar peringkat sekolah rendah dari Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA), salah satu institusi pendidikan Persatuan Muhammadiyah yang telah mendidik kanak-kanak dan belia sejak awal tahun 1980-an.
Gambar menunjukkan pelajar peringkat sekolah rendah dari Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA), salah satu institusi pendidikan Persatuan Muhammadiyah yang telah mendidik kanak-kanak dan belia sejak awal tahun 1980-an. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Bukan sekadar sebuah badan amal tetapi dianggap sebagai rakan kongsi sepanjang hayat yang memperkukuh masyarakat di setiap peringkat kehidupan – daripada memupuk minda muda hinggalah ke usia warga emas. 

Demikian peranan Persatuan Muhammadiyah yang telah menjadi nadi sokongan, pembelajaran dan kebajikan masyarakat setempat. 

Sejak ia ditubuhkan pada 1957, Muhammadiyah berjaya membantu sekitar 15,000 individu pada setiap tahun melalui pendidikan dan kebajikan berdasarkan keperluan masyarakat.  

Dalam menyahut keperluan pendidikan, Muhammadiyah telah menubuhkan Tadika Muhammadiyah, Kelas Asas Bimbingan Agama (KABA), kelas madrasah hujung minggu, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Kolej Islam Muhammadiyah (MIC).

Ia juga menawarkan kelas silat menerusi Pengurusan Seni Beladiri Tapak Suci. 

Persatuan Muhammadiyah dengan kerjasama dan sokongan para anggota dan penajanya mengagihkan juadah berbuka kepada 350 benefisiari setiap minggu.
Persatuan Muhammadiyah dengan kerjasama dan sokongan para anggota dan penajanya mengagihkan juadah berbuka kepada 350 benefisiari setiap minggu. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Di samping itu, Muhammadiyah mengambil peduli dan prihatin terhadap kebajikan golongan memerlukan lalu telah mewujudkan beberapa rumah kebajikan seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH) dan Pusat Kesihatan dan Penjagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) dan Pusat Penuaan Aktif @ Yishun.

Ia juga dilantik sebagai agensi anak titipan nasional menerusi Projek Sinar Ihsan yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak yang didera, diabai atau ditinggalkan.

Selain itu, Muhammadiyah menawarkan perkhidmatan pengurusan pengebumian menyeluruh untuk masyarakat Islam, merangkumi keseluruhan proses, daripada pengambilan jenazah hingga pengebumian mengikut sunah.

Dengan kepercayaan dan sokongan padu masyarakat Melayu/Islam setempat, Muhammadiyah telah berupaya menjalankan tanggung jawab pendidikan dan kebajikan tersebut dengan jangkaan ‘Dari Masyarakat….Buat Masyarakat’.

Bagi membolehkan Muhammadiyah meneruskan kerja-kerja dakwah dalam pendidikan dan kebajikan, ia terus memerlukan ihsan masyarakat.

Justeru, di bulan Ramadan yang penuh berkat ini, Muhammadiyah mengalu-alukan sokongan masyarakat Melayu/Islam setempat untuk menunaikan zakat, fidyah, dan infaq bersama mereka.

Dengan menunaikan zakat melalui Muhammadiyah, masyarakat membantu membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak mulia, dan bersedia memartabatkan agama, di samping memberikan peluang kepada keluarga dan individu yang kurang berkemampuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Kini, Muhammadiyah juga sedang menaiktaraf ibu pejabat Pusat Muhammadiyah yang dinamakan Projek Wahdah di 14 Jalan Selamat, di mana sebuah fasiliti yang lebih baik dan kondusif untuk kegunaan generasi akan datang sedang dilaksanakan. 

Namun, meskipun bangunan Muhammadiyah ditutup hampir tiga tahun bagi projek itu, operasinya diteruskan dari pejabat sementara di Hexacube, Changi Road. 

Program Ramadan 

Persatuan Muhammadiyah mengalu-alukan sumbangan masyarakat Melayu/Islam setempat untuk menunaikan zakat, fidyah, dan infaq bersama mereka di bulan Ramadan ini.
Persatuan Muhammadiyah mengalu-alukan sumbangan masyarakat Melayu/Islam setempat untuk menunaikan zakat, fidyah, dan infaq bersama mereka di bulan Ramadan ini. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Pada Ramadan ini, Muhammadiyah akan menyokong sekitar 700 keluarga, yang akan menerima pek pra-Ramadan, zakat, dan hamper Hari Raya. Sebanyak 100 keluarga akan menerima juadah berbuka setiap minggu.

Penyediaan iftar harian untuk jemaah juga akan diteruskan. Solat tarawih, tazkirah dan tadarrus Al-Quran turut dijalankan Muhammadiyah setiap hari.

Selain itu, Muhammadiyah memperkenal ‘DakwahCast’, satu inisiatif dakwah digital yang menyampaikan kandungan bermanfaat melalui wadah media sosial Instagram dan TikTok. Kandungannya ringkas, namun mudah dikaitkan berdasarkan Al-Quran dan sunah.

Muhammadiyah turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung di gerai persatuan itu di bazar Ramadan.

Setiausaha Umum Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim berkata, “Kehadiran Persatuan Muhammadiyah di kawasan kejiranan sepanjang Ramadan ini adalah untuk mendekati masyarakat dengan lebih bermakna.

“Reruai-reruai kami bukan sekadar tempat menunaikan zakat dan sedekah, tetapi ruang untuk kami berkongsi bagaimana sumbangan masyarakat diterjemahkan kepada bantuan sebenar yang memberi kesan kepada kehidupan mereka yang memerlukan.”

Reruai-reruai yang dikendalikan oleh Muhammadiyah boleh dikunjungi di tujuh buah bazar sepanjang Ramadan nanti. Para pengunjung boleh ke reruai-reruai tersebut di bazar-bazar yang terletak di Geylang Serai, Admiralty, Woodlands, Tampines, Bukit Gombak, Pasir Ris dan Our Tampines Hub.

Mari sama-sama menyokong usaha Muhammadiyah menabur bakti kepada masyarakat menerusi pendidikan dan kebajikan.

Anggaplah zakat sebagai pelaburan abadi yang membawa keberkatan kepada kehidupan kita di dunia dan akhirat. 

Sumbangan anda ringankan beban mereka yang memerlukan. Jom beri sinar harapan hari ini dengan melayari laman web, muhammadiyah.org.sg/donate.

SEKILAS

Masyarakat Islam berpeluang menyalurkan zakat dan sedekah, pada Ramadan ini.

Muhammadiyah akan mengadakan jamuan iftar dan solat terawih di Al-Wehdah (11 Lorong 37 Geylang) sepanjang Ramadan ini, kecuali pada 22 dan 28 Februari yang bakal diadakan di Blk 10 Eunos Crescent.

Muhammadiyah memerlukan sekitar $1,500 – $3,000 sehari untuk menjalankan jamuan iftar dan program-program sepanjang Ramadan ini.

Jika anda ingin menderma, ini caranya: 

Untuk khidmat kutipan dari rumah: Hubungi talian 6242-7388.

Sumbangan melalui dalam talian, sila ke laman berikut:

Untuk Projek Wahdah: muhammadiyah.org.sg/wahdah

Untuk zakat, sedekah: muhammadiyah.org.sg/donate

Imbas kod QR untuk menyalurkan zakat atau sedekah.
Imbas kod QR untuk menyalurkan zakat atau sedekah. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH
Muhammadiyah gigih membantu sekitar 15,000 individu pada setiap tahun melalui pendidikan dan kebajikan berdasarkan keperluan masyarakat.  
Muhammadiyah gigih membantu sekitar 15,000 individu pada setiap tahun melalui pendidikan dan kebajikan berdasarkan keperluan masyarakat.   - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg