Muhammadiyah tidak mahu golongan memerlukan hadapi kesukaran sendirian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah tidak mahu golongan memerlukan hadapi kesukaran sendirian

Bantu keluarga sara hidup dan penuhi keperluan, seru masyarakat sokong usaha persatuan
Feb 20, 2026 | 5:30 AM

Muhammadiyah tidak mahu golongan memerlukan hadapi kesukaran sendirian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
persatuan muhammadiyah
Bengkel asas solat oleh Persatuan Muhammadiyah pada September 2025 di Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) merangkumi bimbingan wuduk dan solat buat benefisiari. Inisiatif ini bertujuan memperkasa mereka dengan ilmu agama dan pengukuhan rohani. - Foto-foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Kehidupan seorang ibu tunggal bertambah rapuh tatkala ditimpa musibah demi musibah.

Selepas mengalami satu kemalangan tragik, Cik Kartini (bukan nama sebenar), 49 tahun, kehilangan daya pergerakan akibat kedua-dua kakinya dipotong. Beliau kemudian kehilangan daya penglihatan akibat glaukoma. Akibat keadaan fizikal dan kesihatan ibu seorang anak itu, beliau mendapati sukar untuk bekerja dan kian kehilangan mata pencarian.

Hari ini, Cik Kartini, anak lelakinya yang berumur 16 tahun itu serta penjaga utamanya tinggal di sebuah flat sewa kecil dan bergantung pada belas ihsan masyarakat untuk menyara kehidupan mereka.

Beliau adalah antara benefisiari Persatuan Muhammadiyah yang menerima zakat bagi membantu mereka menjalani kehidupan stabil dan bermaruah. Dengan memberi zakat kepada keluarga seperti Cik Kartini, Muhammadiyah mahu memperkasa golongan memerlukan kerana ia percaya tiada keluarga harus menghadapi kesukaran sendirian.

“Muhammadiyah menghulurkan sokongan untuk membantu menampung keperluan penting keluarga semasa masa mencabar.

“Selain bantuan kewangan, kami juga memperkasa mereka dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan menerusi kelas agama percuma sebagai sebahagian daripada inisiatif dakwah kami.

“Dengan itu, kami bukan menyediakan bantuan material sahaja, malah ketenangan rohani untuk keluarga,” kata Cik Fadillah Mohamed Razali, Pengurus Pendekatan dan Pelibatan Masyarakat, Muhammadiyah.

Seorang lagi benefisiari yang menerima bantuan kebajikan hampir 10 tahun daripada Muhammadiyah, Cik Saniah (bukan nama sebenar), 72 tahun, berkata: “Terima kasih Muhammadiyah kerana sentiasa sedia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, seperti saya dan suami saya.”

Cik Saniah penjaga utama suaminya, yang menjalani pembedahan saraf tunjang lebih 20 tahun lalu.

Muhammadiyah juga menyediakan bantuan kebajikan kepada sekitar 100 benefisiari yang tergolong dalam kategori ‘risiko tinggi’, di mana mereka memerlukan bantuan tambahan dan lebih kerap daripada wang zakat dan habuan Ramadan tahunan.

Antara benefisiari ‘risiko tinggi’ itu ialah Cik Aini (bukan nama sebenar), 72 tahun, yang telah menerima bantuan kebajikan persatuan itu lebih 10 tahun.

Beliau tinggal sendirian di sebuah flat tiga bilik sejak suaminya meninggal dunia hampir 10 tahun lalu kerana sakit.

Walaupun mendapat sokongan daripada anak-anaknya, Cik Aini masih bergantung pada bantuan persatuan seperti Muhammadiyah dari masa ke masa untuk membantu membayar bil air dan elektrik serta bil perubatan yang tertunggak.

Anak-anaknya membantu mengambilkan beras dari Muhammadiyah setiap dua hingga tiga bulan untuk masakan hariannya.

Cik Aini juga menerima hamper barangan dapur, baucar dan wang tunai daripada Muhammadiyah setiap Ramadan. Ini membantu meringankan bebannya memasak makanan buka puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya sangat berterima kasih pada Muhammadiyah dan orang-orang yang menderma kerana sudi membantu kami. Apa sahaja bantuan yang diberikan, saya bersyukur kerana itu semua rezeki. Semoga penderma dimurahkan rezeki, aamiin,” kata Cik Aini.

Menjelang Ramadan penuh berkat ini, Muhammadiyah dengan rendah hati menjemput umat Islam menunaikan zakat, fidyah dan infaq melalui persatuan itu.

Zakat bukan sekadar satu kewajipan malah amanah daripada Allah swt bagi menyucikan harta serta mengangkat darjat kehidupan sesama insan.

Cik Fadillah berkata: “Dengan menyalurkan zakat anda melalui Muhammadiyah, sumbangan anda memberikan impak bermakna dan berpanjangan.

“Sokongan anda menjamin kelangsungan program-program pendidikan, dakwah, dan kebajikan masyarakat – menanam ilmu bermanfaat, memperteguh keimanan, serta membantu keluarga melangkah ke arah kestabilan dan berdikari.

“Muhammadiyah melaksanakan pengagihan zakat dan fidyah bagi golongan memerlukan dalam bentuk kewangan, makanan atau barang keperluan asas, seperti barangan dapur atau lampin.”

Muhammadiyah juga memohon sokongan masyarakat bagi Projek Wahdah untuk menaik taraf bangunan persatuan itu di 14 Jalan Selamat. Ia merupakan pusat dakwah, pendidikan, dan kebajikan yang telah lama berdiri, menyokong lebih 15,000 pelajar dan menyediakan bantuan penting kepada ramai benefisiari.

Sumbangan ikhlas anda akan memberi manfaat terbaik kepada masyarakat dan generasi akan datang. Sempurnakan zakat anda bersama Muhammadiyah.

CARA MENYOKONG PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Masyarakat Islam boleh menyalurkan zakat dan sedekah, terutama pada Ramadan, melalui Persatuan Muhammadiyah. Ia akan mengadakan majlis iftar dan solat tarawih di Persatuan Arab Singapura, Al-Wehdah, di Lorong 37, Geylang sepanjang Ramadan, kecuali pada 22 dan 28 Februari di Blok 10, Eunos Crescent. Muhammadiyah memerlukan sekitar $1,500 hingga $3,000 sehari bagi menyediakan iftar dan menjalankan pelbagai kegiatan sepanjang Ramadan.

Jika anda ingin menderma, ini caranya:

– Kutipan dari rumah: Hubungi talian 6242-7388

– Dalam talian di laman berikut:

Zakat, sedekah dan infak: https://muhammadiyah.org.sg/donate/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg