Muhammadiyah pergiat dakwah melalui kebajikan, pendidikan di Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah pergiat dakwah melalui kebajikan, pendidikan di Ramadan

Operasi diterus walau ibu pejabat dipertingkat, program Ramadan termasuk pek pra-Ramadan, juadah iftar untuk 100 keluarga memerlukan
Jan 30, 2026 | 5:30 AM

Muhammadiyah pergiat dakwah melalui kebajikan, pendidikan di Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Persatuan Muhammadiyah juga menggalak ibu bapa dan anak-anak menderma, secara fizikal, tradisional dan digital.
Persatuan Muhammadiyah juga menggalak ibu bapa dan anak-anak menderma, secara fizikal, tradisional dan digital. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Bulan suci Ramadan semakin hampir. Di samping meningkatkan amal ibadah, kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat Islam turut dijalankan.

Ia juga satu ibadah, menjalin hubungan sesama manusia yang memanfaatkan. Ramadan mendidik kita menjadi umat Islam yang lebih prihatin, bersikap empati dan bertanggungjawab.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, mengatakan persatuan itu melaksanakan gerakan dakwahnya melalui pendidikan dan kebajikan. Sejak 1957, Muhammadiyah membina institusi pendidikan dan kebajikan berdasarkan keperluan masyarakat.

Dalam menyahut keperluan pendidikan, Muhammadiyah menubuhkan Tadika Muhammadiyah, Kelas Asas Bimbingan Agama (Kaba), kelas madrasah hujung minggu, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Kolej Islam Muhammadiyah (MIC).

Tidak ketinggalan juga Pengurusan Seni Beladiri Tapak Suci.

Kebajikan masyarakat sudah lama menjadi keprihatinan Muhammadiyah. Sikap kepedulian dan rasa tanggungjawab menjaga kebajikan golongan memerlukan mendorong ia mewujudkan beberapa rumah kebajikan, seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH) dan Pusat Kesihatan dan Penjagaan Siang Muhammadiyah (MHCC).

Sebuah pusat penuaan aktif, Active Ageing Centre @ Yishun, turut disertakan dalam senarai kerja kebajikan Muhammadiyah. Ia juga mengutamakan keselamatan kanak-kanak yang didera, diabai atau ditinggalkan. Ia dilantik sebagai agensi titipan nasional, dan melancarkan Projek Sinar Ihsan bagi tujuan itu.

Selain itu, ia menawarkan perkhidmatan pengurusan pengebumian menyeluruh untuk masyarakat Islam, merangkumi keseluruhan proses, daripada pengambilan jenazah hingga ke pengebumian mengikut sunah.

Untuk meningkatkan kemudahan dan kapasiti pusat khidmat pendidikan, kebajikan, dan dakwahnya, projek naik taraf dan peningkatan ibu pejabat Muhammadiyah, yang dinamakan Projek Wahdah, sedang dilaksana. Ini juga bertujuan menjadikan bangunan ini sebagai legasi untuk generasi akan datang.

Meskipun bangunan Muhammadiyah ditutup hampir tiga tahun bagi projek itu, operasinya diteruskan dari pejabat sementara di Hexacube, Changi Road. Program Ramadan Muhammadiyah tahun ini akan dijalankan di bangunan Al-Wehdah, Lorong 37, Geylang.

Program Ramadan dan kebajikan Muhammadiyah termasuk ihsan bagi 700 keluarga, yang akan menerima pek pra-Ramadan, zakat, dan hamper Hari Raya. Sebanyak 100 keluarga akan menerima juadah berbuka setiap minggu.

Penyediaan iftar harian untuk jemaah juga akan diteruskan. Solat tarawih, tazkirah dan tadarrus Al-Quran turut dijalankan Muhammadiyah setiap hari.

Muhammadiyah turut memperkenal ‘DakwahCast’, satu inisiatif dakwah digital yang menyampaikan kandungan bermanfaat melalui wadah media sosial Instagram dan TikTok. Kandungannya ringkas, namun mudah dikaitkan berdasarkan Al-Quran dan sunah.

Podcast Muhammadiyah pula meliputi perbincangan mendalam dan perkongsian ilmu. Ini membolehkan generasi muda terutamanya mengakses ilmu dan inspirasi secara fleksibel dan relevan.

Muhammadiyah akur akan pentingnya sumbangan zakat, fidyah, dan infaq dalam perubahan sosial dan kebaikan masyarakat.

Sumbangan-sumbangan tersebut telah memberi impak positif. a berjaya menjaga kebajikan keluarga memerlukan, pendidikan anak-anak dan belia, khidmat warga emas dan golongan rentan, serta menjalankan program kemasyarakatan dan Ramadan, serta wadah dakwah digital.

Ustaz Muhammad Azri Azman berkata: “Amalan berinfak atau sedekah adalah amal soleh yang mempunyai balasan pahala berlipat ganda.

“Dengan sumbangan masyarakat, Muhammadiyah dapat menjalankan program dakwah, pendidikan dan kebajikan sepanjang tahun.

“Sumbangan ikhlas anda memberikan manfaat terbaik kepada masyarakat dan generasi akan datang, malah mengajak kita semua sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan, fastabiqul khairat,” kata beliau.

Fastabiqul khairat adalah perintah Allah swt dalam Al-Quran yang bermaksud “berlumba-lumba atau bersegera melakukan kebaikan”.

Untuk menderma, sila imbas kod QR ini.
Untuk menderma, sila imbas kod QR ini. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

CARA MENYUMBANG KEPADA PERSATUAN MUHAMMADIYAH:

Masyarakat Islam boleh menyalurkan zakat dan sedekah, terutama menjelang Ramadan, kepada Muhammadiyah. Muhammadiyah juga akan mengagihkan juadah berbuka puasa kepada sekurang-kurangnya 100 keluarga memerlukan setiap minggu

– Jika anda ingin menderma, caranya:

Untuk khidmat kutipan dari rumah: Hubungi talian 6242-7388.

PayNow: Imbas kod QR yang disediakan.

Sumbangan melalui dalam talian:

Untuk Projek Wahdah: muhammadiyah.org.sg/wahdah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg