Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muhammadiyah perkenal Pakej Mushaf Wahdah, sokong projek naik taraf

Projek sejak Mac 2024 masih perlu $5 juta
Dec 19, 2025 | 5:30 AM
Sumbangan untuk Pakej Mushaf Wahdah ini menyokong dana bagi projek naik taraf Pusat Muhammadiyah yang masih memerlukan sebanyak $5 juta lagi.
Sumbangan untuk Pakej Mushaf Wahdah ini menyokong dana bagi projek naik taraf Pusat Muhammadiyah yang masih memerlukan sebanyak $5 juta lagi. - Foto PERSATUAN MUHAMMADIYAH

Persatuan Muhammadiyah memperkenalkan Pakej Mushaf Wahdah bagi menyokong Projek Wahdah iaitu projek naik taraf bangunannya di 14 Jalan Selamat.

Penolong Pengarah, Unit Komunikasi Korporat dan Sumber, Persatuan Muhammadiyah, Encik Zhofry Hamid, berkata:

“Setiap sumbangan kepada Projek Wahdah akan mengukuhkan misi Muhammadiyah dalam pendidikan, kebajikan, dan dakwah, memberi manfaat bukan sahaja kepada generasi hari ini, bahkan generasi masa hadapan.”

Bangunan ini akan menjadi pusat pelbagai program, kegiatan dan khidmat masyarakat seperti musala, kelas agama untuk kanak-kanak, belia dan dewasa, solat tarawih, ibadah korban, serta bantuan kebajikan kepada keluarga yang memerlukan, dan banyak lagi.

Projek Wahdah akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan seperti meluaskan ruang di musala, menambah tingkat serta empat bilik darjah dan meluaskan ruang pejabat bagi menampung jemaah, pelajar dan kakitangan Muhammadiyah yang kini bertambah.

Kerja naik taraf telah bermula pada awal Mac 2024 tetapi persatuan ini masih memerlukan sekurang-kurangnya $5 juta daripada kos $6.5 juta untuk projek ini.

Pakej Mushaf Wahdah

Demi meningkatkan kutipan, Persatuan Muhammadiyah menawarkan Pakej Mushaf Wahdah untuk menarik minat orang ramai bagi menyokong dan merancakkan lagi pengumpulan dana bagi projek ini.

Dalam Pakej Mushaf Wahdah, setiap sedekah sebanyak $500 akan menerima satu set Al-Quran eksklusif Mushaf Wahdah dan satu tin kurma Ajwa Madinah.

Mushaf Wahdah direka untuk menjadikan bacaan dan refleksi lebih mudah dan lebih bermakna.

Ia bersaiz B5, mudah dibawa dan dibaca apatah lagi ia mempunyai kod warna tajwid bagi bimbingan bacaan yang tepat.

Mushaf Wahdah mempunyai terjemahan mudah difahami dengan tafsir ringkas pada nota kaki dalam bahasa Melayu.

Ia direka dengan format satu juzuk satu buku – praktikal untuk tadabbur (mengkaji, merenung atau memikirkan maksud ayat Al-Quran dengan mendalam) dan bacaan harian.

Turut disertakan Asmaul Husna, koleksi doa pilihan daripada Al-Quran dan hadis, panduan tajwid dan tanda bacaan selain daripada panduan Waqaf dan Ibtida, iaitu berhenti dan sambungan bacaan dengan blok warna.

Mushaf Wahdah ini turut diindeks secara bertema bagi rujukan cepat dan tepat.

Tabung ‘Sadaqah Jar’

Persatuan Muhammadiyah turut menawarkan sumbangan melalui tabung ‘Sadaqah Jar’. Orang ramai boleh menabung di rumah untuk sedekah jariah, menggunakan tabung ini, dan kemudian memulangkannya kepada Muhammadiyah selepas Hari Raya Aidilfitri 2026. Cara ini dapat menggalakkan semangat menabung untuk dunia dan akhirat.

Encik Zhofry berkata:

“Marilah kita bersama-sama merebut saham akhirat dan menghidupkan amalan sedekah jariah – membina rumah bersama untuk ilmu, ibadah dan kebajikan seluruh (umat).”

Jika anda berminat untuk menderma, sila layari muhammadiyah.org.sg/wahdah atau hubungi talian 6242-7388.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg