Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis, Arab Saudi perkukuh perdagangan, pengiktirafan halal

Sep 24, 2025 | 9:18 PM
(Dari kiri) Naib Presiden Eksekutif, Hal Ehwal Peraturan & Penyelidikan, Pusat Halal Arab Saudi, Encik Mohammad Farhan Turki AlDhafiry; Pegawai Bertugas, Kedutaan Diraja Kerajaan Arab Saudi, Encik Salem Mokhlef Al Shammary; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen; dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menyerahkan MOU masing-masing.
(Dari kiri) Naib Presiden Eksekutif, Hal Ehwal Peraturan & Penyelidikan, Pusat Halal Arab Saudi, Encik Mohammad Farhan Turki AlDhafiry; Pegawai Bertugas, Kedutaan Diraja Kerajaan Arab Saudi, Encik Salem Mokhlef Al Shammary; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen; dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menyerahkan MOU masing-masing. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Memorandum Persefahaman (MOU) antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat Arab Saudi telah diteruskan.

Ia diumumkan di Seminar Halal Antarabangsa Singapura, yang berlangsung di Hilton Singapore pada 24 September.

Ketika berucap di hadapan 200 hadirin yang terdiri daripada delegasi halal luar negara, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata:

“Perkongsian ini akan meneruskan usaha untuk memperkukuh lagi kerjasama kami serta mewujudkan lebih banyak laluan bagi perdagangan dan pengiktirafan halal antara negara kami.”

Encik Kadir dan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim saling bertukar MOU dengan Naib Presiden Eksekutif, Hal Ehwal Peraturan & Penyelidikan, Pusat Halal Arab Saudi, Penguasa Makanan dan Perubatan Saudi, Encik Mohammad Farhan Turki AlDhafiry; dan Pegawai Bertugas, Kedutaan Diraja Kerajaan Arab Saudi, Encik Salem Mokhlef Al Shammary.

MOU tersebut kali pertama ditandatangani pada 2023, apabila Muis dan Saudi saling mengiktiraf sijil dan tanda halal, sekali gus mencerminkan keyakinan terhadap mutu dan pentadbiran sistem pensijilan halal Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg