Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis: Awas iklan tipu mohon zakat dalam talian

Mar 1, 2025 | 2:27 PM
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan amaran terhadap satu iklan penipuan dalam talian yang mendakwa orang ramai boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan zakat secara dalam talian.
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan amaran terhadap satu iklan penipuan dalam talian yang mendakwa orang ramai boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan zakat secara dalam talian. - Foto SALAMSG

Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan amaran terhadap satu iklan penipuan dalam talian yang mendakwa orang ramai boleh memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan zakat secara dalam talian.

Dalam satu pesanan yang tular menerusi WhatsApp, SalamSG menyatakan bahawa ini merupakan satu penipuan.

“Muis tidak memproses bantuan kewangan zakat secara dalam talian.

“Permohonan hanya boleh dibuat secara peribadi di pejabat pembangunan sosial di masjid, dengan bantuan pegawai pembangunan sosial,” kata peringatan tersebut.

Orang ramai diingatkan agar tidak klik sebarang pautan atau memberikan butiran peribadi; tidak menghantar atau berkongsi iklan palsu; mengabaikan sebarang permintaan bagi butiran peribadi atau kewangan; melaporkan penipuan kepada info@muis.gov.sg; atau membuat laporan polis menerusi talian 1800-255-0000 atau secara dalam talian di  www.police.gov.sg/i-Witness sekiranya menjadi mangsa penipuan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengesahkan bantuan zakat Muis dengan menghubungi talian 6359-1199 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau kunjungi laman rasmi Muis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg