Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis lantik 16 karyawan anggotai panel bangun program warisan Islam

Jun 14, 2024 | 5:00 PM
Anggota Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW) bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen. Dari kiri: Ustazah Raihanah Halid; Ustazah Harinah Abdul Latiff; Cik Zulaifah Abdul Ghani; Ustazah Zarina Begam Abdul Razak; Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Encik Suhaimi Salleh; Encik Ahmad Nizam Abbas, Encik Muhammad Ridhwaan Radzi, Encik Hafiz Noorahman dan Ustaz Fathurrahman Dawoed.
Anggota Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW) bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen. Dari kiri: Ustazah Raihanah Halid; Ustazah Harinah Abdul Latiff; Cik Zulaifah Abdul Ghani; Ustazah Zarina Begam Abdul Razak; Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Encik Suhaimi Salleh; Encik Ahmad Nizam Abbas, Encik Muhammad Ridhwaan Radzi, Encik Hafiz Noorahman dan Ustaz Fathurrahman Dawoed. - Foto MUIS

Seramai 16 orang karyawan dalam kalangan masyarakat telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk membentuk Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW) yang baru.

Majlis pelantikan di Masjid Muhajirin pada 14 Jun dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dan menandakan satu peristiwa penting dalam pembentukan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).

Dipengerusikan rakan kongsi kanan firma guaman Dentons Rodyk dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, ILPW terdiri daripada karyawan yang terkenal dengan kepakaran mereka dalam pelbagai sektor, seperti pengurusan kekayaan, hartanah, perundangan dan bimbingan agama.

Menurut Muis, anggota ILPW dipilih dengan teliti untuk menerajui pembangunan bahan dan program perancangan warisan Islam (ILP) yang berkesan untuk memacu objektif sebenar WMS.

Peguam dan rakan kongsi di Eldan Law LLP, Encik Imran Rahim; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SSA Group, Encik Suhaimi Salleh; dan Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas), Ustaz Tarmizi Wahid, dilantik sebagai naib pengerusi jawatankuasa tersebut.

Anggota lain termasuk Presiden, Mahkamah Syariah Singapura, Ustazah Raihanah Halid, peguam dan rakan sekutu kanan di firma guaman K&L Gates Straits Law, Cik Nur Liyana M. Sinwan; dan ejen hartanah, Cik Nona Kirana.

Pada Mei, Muis mengumumkan pelantikan tujuh karyawan daripada masyarakat Melayu/Islam untuk menganggotai Jawatankuasa Sementara WMS (WPC) bagi menyelia penubuhan WMS.

WPC, yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, ditugaskan untuk membangunkan pelan hala tuju WMS, termasuk strategi pengumpulan dana dan pelaburan untuk tahun-tahun awalnya, selain bertanggungjawab untuk melaksanakan model perniagaan yang berdaya maju.

Bagi ILPW pula, jawatankuasa tersebut ditugaskan untuk membangunkan bahan dan program ILP, melibatkan pemain industri dan pihak berkepentingan masyarakat, dan mewujudkan rangkaian duta ILP.

Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata ILPW “akan bertanggungjawab memperkasa masyarakat Islam Singapura melalui inisiatif perancangan warisan yang bermaklumat mengikut undang-undang Islam”.

ILPW juga akan memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan jangka panjang dan kejayaan WMS.

Encik Masagos menekankan kepentingan ILPW dalam memajukan usaha WMS dengan membimbing masyarakat untuk mencipta alat ILP yang betul seperti wasiat dan merancang lebih awal untuk orang tersayang.

Beliau menekankan bahawa WMS, yang dijadualkan dilancarkan pada Ogos, adalah kesinambungan daripada Dana Pembinaan Masjid (MBF), satu inisiatif untuk menunaikan tanggungjawab agama setiap Muslim Singapura.

Encik Masagos menambah, peranan anggota ILPW melangkaui meningkatkan kesedaran kerana ILPW memudahkan pemberian terancang melalui instrumen perancangan warisan dan memperkasa masyarakat untuk membuat keputusan termaklum yang selaras dengan nilai dan kepercayaan Islam.

Anggota Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW)

1. Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (Pengerusi)

2. Peguam dan Rakan Kongsi di Eldan Law LLP, Encik Imran Rahim (Naib Pengerusi)

3. Presiden dan CEO SSA Group, Encik Suhaimi Salleh (Naib Pengerusi)

4. Presiden Pergas, Ustaz Tarmizi Wahid (Naib Pengerusi)

5. Presiden, Mahkamah Syariah Singapura, Ustazah Raihanah Halid

6. Pengarah urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas

7. Rakan sekutu kanan K&L Gates Straits Law, Cik Nur Liyana M. Sinwan

8. Profesor Undang-undang, Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Tang Hang Wu

9. Presiden Perdaus, Encik Hafiz Noorahman

10. Ejen hartanah, ERA, Cik Nona Kirana

11. Ketua Pegawai Kewangan APAC, ISS Global Forwarding, Cik Zulaifah Abdul Ghani

12. Pengarah urusan Islamic Finance Singapore & RizqX, Encik Muhammad Ridhwaan Radzi

13. Pengerusi AMP, Ustaz Fathurrahman Dawoed

14. Penasihat syariah, FaiWA, Ustaz Haron Masagoes

15. Penolong Naib Pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Ustazah Harinah Abdul Latiff

16. Pengasas dan pengarah urusan, Pengurusan Bio Dew Antarabangsa & Institut, Ustazah Zarina Begam Abdul Razak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg