Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muis: Tempat ibadat di S’pura ruang suci bagi aman, renung, lindung

Dec 21, 2025 | 7:22 PM
Muis,  Tempat ibadat di S’pura ruang suci bagi aman, renung, lindung,  barang mencurigakan di Gereja St Joseph
Pada 21 Disember, Pasukan Polis Singapura (SPF) dimaklumkan tentang satu kejadian pada 7.10 pagi yang melibatkan penemuan barang mencurigakan di Gereja St Joseph. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Tempat beribadat di Singapura adalah ruang suci bagi keamanan, renungan dan perlindungan, dan mesti kekal selamat untuk semua, tanpa mengira kepercayaan.

Menyentuh insiden melibatkan penemuan barang mencurigakan di Gereja St Joseph di Bukit Timah, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu catatan Facebook pada 21 Disember berkata kejadian lalu yang pernah berlaku di tempat ibadat lain termasuk Masjid Al-Istiqamah bermakna perlunya untuk semua masyarakat kekal berwaspada, tanpa mengira latar belakang agama.

“Dalam hal sedemikian, masyarakat beragama Singapura berdiri sama dalam memberi sokongan, mencerminkan komitmen yang dikongsi untuk tenang, (menegakkan) perpaduan dan keharmonian sosial. Situasi sedemikian tidak boleh dibiarkan untuk menimbulkan ketakutan atau perpecahan.

“Tempat beribadat di Singapura adalah ruang suci bagi keamanan, renungan dan perlindungan dan mesti kekal selamat untuk semua,” kata Muis.

Muis menambah dalam masa-masa sebegini, perasaan tenang, bersatu dan percaya dalam institusi kita adalah penting, memandangkan bersatu melibatkan berbilang agama dan masyarakat memelihara keamanan dan daya tahan yang membentuk Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg