Tempat beribadat di Singapura adalah ruang suci bagi keamanan, renungan dan perlindungan, dan mesti kekal selamat untuk semua, tanpa mengira kepercayaan.
Menyentuh insiden melibatkan penemuan barang mencurigakan di Gereja St Joseph di Bukit Timah, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam satu catatan Facebook pada 21 Disember berkata kejadian lalu yang pernah berlaku di tempat ibadat lain termasuk Masjid Al-Istiqamah bermakna perlunya untuk semua masyarakat kekal berwaspada, tanpa mengira latar belakang agama.
“Dalam hal sedemikian, masyarakat beragama Singapura berdiri sama dalam memberi sokongan, mencerminkan komitmen yang dikongsi untuk tenang, (menegakkan) perpaduan dan keharmonian sosial. Situasi sedemikian tidak boleh dibiarkan untuk menimbulkan ketakutan atau perpecahan.
“Tempat beribadat di Singapura adalah ruang suci bagi keamanan, renungan dan perlindungan dan mesti kekal selamat untuk semua,” kata Muis.
Muis menambah dalam masa-masa sebegini, perasaan tenang, bersatu dan percaya dalam institusi kita adalah penting, memandangkan bersatu melibatkan berbilang agama dan masyarakat memelihara keamanan dan daya tahan yang membentuk Singapura.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg