Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Muka baru PAP, Kawal Pal Singh, tidak akan bertanding dalam GE2025

Apr 16, 2025 | 5:32 PM
Peguam, Encik Kawal Pal Singh, dilihat di GRC Bishan-Toa Payoh bersama Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pada 13 April, namun tidak akan bertanding dalam GE2025.
Peguam, Encik Kawal Pal Singh, dilihat di GRC Bishan-Toa Payoh bersama Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pada 13 April, namun tidak akan bertanding dalam GE2025. - Foto ST

Peguam, Encik Kawal Pal Singh, menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, dua hari selepas dilihat di GRC Bishan-Toa Payoh bersama Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Dalam satu hantaran Facebook pada 15 April, Encik Singh, 41 tahun, berkata lawatannya ke Toa Payoh pada 13 April telah menimbulkan spekulasi mengenai pencalonannya dalam pilihan raya umum (GE). Menurutnya, beliau menerima banyak mesej sokongan selepas lawatan tersebut, lapor The Straits Times (ST).

“Berkenaan spekulasi mengenai penglibatan saya dalam GE akan datang, saya ingin berkongsi bahawa selepas berbincang dengan keluarga dan pakcik saya, Inderjit Singh, mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), saya tidak akan terlibat sebagai calon dalam GE,” katanya.

“Pada peringkat kehidupan saya ini, saya ingin fokus pada keseimbangan komitmen profesional dan masa untuk keluarga saya. Saya akan terus menyokong PAP dengan cara yang bermakna dan kekal komited untuk berkhidmat kepada masyarakat Sikh dan India yang lebih luas.”

Encik Singh, rakan pengurus di firma guaman Tito Isaac & Co, sebelum ini adalah sukarelawan PAP di Sengkang.

ST telah menghubungi Encik Singh untuk mendapatkan komen.

Pada 13 April, Encik Kawal Pal Singh dilihat berinteraksi dengan penduduk bersama Encik Chee dan Cik Elysa Chen, pengarah eksekutif badan amal CampusImpact, di Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh West.

Apabila ditanya sama ada pasangan tersebut akan bertanding dalam GE2025 di Bishan-Toa Payoh, Encik Chee berkata pengesahan akan dibuat pada Hari Penamaan Calon.

Pada 15 April, Cik Chen diumumkan sebagai calon PAP dalam video yang dimuat naik di Facebook oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Dalam kirimannya, Encik Singh menyatakan sokongan dan ucapan selamat kepada calon PAP yang akan bertanding dalam pilihan raya pada 3 Mei.

Pada 16 April, Encik Inderjit Singh berkata kepada ST bahawa selepas lawatan ke Toa Payoh, keluarganya telah berbincang mengenai komitmen yang perlu dibuat oleh anak saudaranya (Encik Kawal Pal Singh), dan akhirnya memutuskan bahawa beliau harus fokus pada perkara yang disebut dalam kiriman tersebut.

“Beliau bertanya kepada saya dan saya menyokong keputusannya,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg