Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muslim S’pura boleh berbangga sebagai anggota masyarakat yang beri sumbangan: Faishal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muslim S’pura boleh berbangga sebagai anggota masyarakat yang beri sumbangan: Faishal

Mar 14, 2024 | 08:30 PM



Muslim Singapura boleh berbangga sebagai anggota masyarakat yang berharga dan menyumbang kepada masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama 30 kanak-kanak yang menjadi penghuni di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) yang dianjurkan Berita Harian (BH) pada 14 Mac.


“Umat Islam Singapura boleh berbangga sebagai anggota masyarakat penyumbang yang berharga dalam masyarakat kita, dan kita dikenali sebagai masyarakat Islam contoh yang wajar dihormati dan dicontohi,” kata Dr Faishal dalam ucapannya.

Beliau turut mengatakan bahawa Ramadan merupakan bulan istimewa bagi Muslim di seluruh dunia dan merupakan waktu apabila umat Islam menyumbang semula dan membantu golongan lebih terdedah dalam masyarakat.

Selain itu, ia merupakan masa untuk umat Islam mengukuhkan iman mereka melalui ibadah, renungan dan rasa syukur.

Dr Faishal berkata beliau gembira melihat kakitangan BH bersama-sama menganjurkan acara sedemikian sebagai sebahagian usaha mendekati masyarakat.


“Saya sangat gembira melihat ramai individu yang tampil ke hadapan untuk membantu golongan lebih terdedah dalam masyarakat.

“Sepanjang bertahun saya bekerja dalam masyarakat, saya telah bertemu ramai karyawan Muslim yang menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

“Semangat memberi ini adalah sebahagian daripada semangat kampung kita dan ia adalah sesuatu yang sangat konsisten dengan masyarakat Islam kita,” kata beliau.

Memberi contoh, beliau berkata terdapat pelbagai kegiatan yang diadakan sepanjang bulan Ramadan, yang menyaksikan individu daripada masyarakat Muslim menganjurkan usaha menderma makanan bagi golongan susah serta mendekati mereka yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, Editor BH, Encik Nazry Mokhtar, yang turut menyampaikan ucapan sebelum waktu berbuka puasa pada acara yang diadakan di Red Velvet Ballroom, Village Hotel Bugis itu, berkata BH telah beberapa kali menganjurkan acara iftar sedemikian.


Ia sebahagian komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan usaha mendekati masyarakat akhbar ini. BH merancang menganjurkan acara serupa setiap tahun, tambah Encik Nazry.


Menyampaikan ucapannya dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan ibunda, beliau berkata:

“Acara malam ini bukan sahaja untuk kita hilangkan lapar dan dahaga setelah sehari berpuasa. 

“Sempena bulan yang mulia ini, menjadi harapan kami agar majlis ini menjadi lambang penting semangat persaudaraan dan komitmen masyarakat untuk mencipta ruang bersama, di mana setiap individu dalam masyarakat dilihat, didengar dan dihargai, tidak kira apa latar belakang atau permulaan mereka.”

Beliau turut memberi pesanan kepada kanak-kanak RKM yang hadir.

Pertama, nasihatnya, tetapkan matlamat dalam kehidupan.

Kedua, atur langkah dan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yang ditetapkan itu.

Ketiga, terapkan keyakinan bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjalanan hidup.

“Kamu dikelilingi masyarakat yang peduli dengan kebajikan kamu dan sedia membantu kamu untuk mencapai potensi sepenuhnya,” ujar beliau.

Dalam majlis itu, Encik Nazry turut memimpin doa dalam bahasa Melayu bagi kemakmuran dan kedamaian kepada masyarakat dan negara, serta memanjatkan doa khas bagi penduduk di Gaza yang dibelenggu peperangan.

Acara buka puasa itu disokong penaja seperti Butik Munawwarah, Maybank Singapore dan Landmark Restaurant.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >