Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Muzikal ‘Madagascar’ antara kegiatan menarik hujung minggu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muzikal ‘Madagascar’ antara kegiatan menarik hujung minggu

Jan 15, 2024 | 06:18 PM



Tidak tahu apa yang boleh dilakukan bersama anak-anak pada hujung minggu?

Berikut Berita Harian berkongsi beberapa kegiatan menarik dan seronok yang boleh dinikmati seisi keluarga.


Persembahan muzikal ‘Madagascar’

Temui Alex si singa dan rakan-rakannya – Marty si kuda belang; Melman si zirafah; dan Gloria si badak air – yang telah melarikan diri dari rumah mereka di Taman Haiwan Central Park New York dan mengembara ke Singapura.

Saksikan persembahan Madagascar The Musical di Teater Esplanade dari 18 hingga 28 Januari.


Persembahan teater filem animasi DreamWorks 2005 itu akan dihidupkan oleh pelakon dan kru seramai 30 orang dari Britain.

Ia menjanjikan persembahan tarian dan boneka dengan reka bentuk pentas yang menarik buat penonton.

Selain lagu asli yang telah ditambahkan pada muzikal ini, orang ramai boleh menanti-nantikan lagu popular filem itu, I Like To Move It, apabila King Julien si lemur ekor gelang tampil di atas pentas.


Tiket bagi persembahan selama 80 minit itu berharga antara $48 dengan $138 dan boleh didapatkan di laman web https://sistic.com.sg/events/madagascar0124.







Kedai Balabala pertama di Singapura

Jenama fesyen kanak-kanak, Balabala, yang dilaporkan mempunyai lebih 4,800 kedai di 13 negara seperti China, Indonesia dan Arab Saudi, kini membuka kedai pertamanya di Singapura.

Diasaskan di China pada 2002, ia menawarkan pakaian, aksesori dan kasut untuk bayi dan kanak-kanak sehingga 14 tahun.

Di kedai pertamanya di sini di pusat beli-belah Plaza Singapura, pelanggan boleh mendapatkan kemeja-T lengan pendek dengan harga bermula dari $13.90, jaket hoodie dari harga $47.90 dan seluar dari harga $23.90.


Antara lain, ia menampilkan koleksi watak-watak animasi popular seperti Frozen dan Paw Patrol.







Novel ‘Amazing Ash & Superhero Ah Ma: End Of An Era’

Kisah Amazing Ash & Superhero Ah Ma, sebuah siri novel tiga bahagian yang berkisar tentang ‘superpower’ dan penjagaan demensia, oleh penulis Melanie Lee dan ilustrator Arif Rafhan, kini sudah berakhir.


Watak utama, Ash, kini berusia 12 tahun dan perlu bersiap sedia bagi peperiksaan nasional, di samping menangani misi sebagai ‘superhero’.

Sementara itu, demensia yang dialami neneknya yang berusia 71 tahun, Ah Ma, bertambah teruk, sekali gus menjejas ingatan dan tingkah lakunya.

Bagaimanapun, terdapat pusat penjagaan demensia siang hari di estet kejiranan mereka yang menawarkan kegiatan seronok untuk golongan warga emas.

Namun, apabila pasangan kaya yang penuh misteri ingin mengubah pusat itu menjadi spa mewah, Ash mengumpulkan rakan-rakannya untuk mematahkan rancangan mereka.

Buku ini boleh didapatkan di laman web Difference Engine (https://differenceengine.sg/comics/amazing-ash-superhero-ah-ma-end-of-a…) pada harga $17.90.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >