Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seronok naik ‘luge’ sambil dengar muzik, kenali makna perayaan tuai ‘Pongal’!

Jan 9, 2024 | 5:30 AM
PENUH ADRENALINA: Nikmati pengalaman menaiki ‘luge’ dengan diiringi santapan muzik di Skyline Luge di Sentosa. Sesi ‘Ride The Beat’ dibuka dari 7 hingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu.
PENUH ADRENALINA: Nikmati pengalaman menaiki ‘luge’ dengan diiringi santapan muzik di Skyline Luge di Sentosa. Sesi ‘Ride The Beat’ dibuka dari 7 hingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu. - Foto SKYLINE LUGE SINGAPORE

Tidak tahu apa yang boleh dilakukan bersama anak pada hujung minggu?

Berikut Berita Harian berkongsi beberapa kegiatan menarik dan seronok yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Naik ‘luge’ sambil nikmati muzik

Bersediakah anda bagi Jumaat dan Sabtu malam yang penuh dengan adrenalina?

Pengalaman menaiki luge di Skyline Luge, Sentosa kini lebih seronok dengan muzik yang diputarkan.

Tarikan itu dibuka dari 7 hingga 9 malam pada Jumaat dan Sabtu bagi sesi ‘Ride The Beat’ tersebut.

Buat masa ini, peserta boleh menikmati lagu-lagu band rock British, Coldplay, yang bakal mengadakan konsert di Stadium Nasional pada hujung Januari.

Sesi ‘Ride The Beat’ akan memperkenalkan pelbagai tema muzik dan kolaborasi deejay setiap bulan sepanjang 2024.

Tiket bagi ‘Ride The Beat’, yang termasuk tiga pusingan luge dan tarikan Skyrides, berharga $36 bagi dewasa atau kanak-kanak (sekurang-kurangnya berusia enam tahun dengan ketinggian 110 sentimeter).

Kanak-kanak yang tidak memenuhi syarat usia dan ketinggian, boleh mendapatkan tiket berharga $12 untuk menaikinya bersama orang dewasa.

Untuk menaiki ‘Skyride’ yang ditemani orang dewasa, kanak-kanak perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 85 sentimeter.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web berikut: https://www.skylineluge.com/en/sentosa/luge/night-luge/.

KENALI ‘PONGAL’: Pengunjung boleh menyertai satu lawatan berpandu anjuran Pusat Warisan India (IHC) untuk mempelajari dan meraikan ‘Pongal’, satu perayaan menuai Hindu.
KENALI ‘PONGAL’: Pengunjung boleh menyertai satu lawatan berpandu anjuran Pusat Warisan India (IHC) untuk mempelajari dan meraikan ‘Pongal’, satu perayaan menuai Hindu. - Foto PUSAT WARISAN INDIA

Kegiatan ‘Pongal’ untuk semua

Mari belajar lebih lanjut tentang perayaan menuai Hindu, Pongal, bersama Pusat Warisan India (IHC) yang akan mengadakan pelbagai kegiatan budaya pada 13 dan 14 Januari.

Pongal, yang jatuh pada 15 hingga 18 Januari, adalah perayaan kaum India bagi melahirkan ucapan terima kasih kepada alam semula jadi kerana mengurniakan makanan.

Ia juga peluang bagi anggota keluarga mengeratkan hubungan.

Semasa Rumah Terbuka Pongal pada hujung minggu di pusat warisan itu, pengunjung boleh menyaksikan persembahan budaya, melukis inai di tangan, menyertai kegiatan kraf dan pelbagai lagi.

Dari 1 hingga 5 petang pada 13 Januari, pengunjung juga boleh belajar bermain permainan tradisional seperti pallankuzhi, thayam dan aadu puli.

Pengunjung boleh mengambil peluang itu untuk mencuba pongal, iaitu nama juadah perayaan tradisional yang dibuat daripada beras dan susu, di acara itu.

Maklumat tentang rumah terbuka itu boleh didapati di pautan, https://ihcpongalopenhouse.peatix.com/.

FAKTA MENARIK: Buku ‘Rekod Dunia Guinness 2024’ menampilkan 2,638 pencapaian luar biasa. Antaranya ialah Tommy, seekor lembu jantan Brown Swiss berusia 13 tahun di Massachusetts, Amerika Syarikat, yang memegang rekod sebagai lembu jantan paling tinggi dengan ketinggian 1.87 meter.
FAKTA MENARIK: Buku ‘Rekod Dunia Guinness 2024’ menampilkan 2,638 pencapaian luar biasa. Antaranya ialah Tommy, seekor lembu jantan Brown Swiss berusia 13 tahun di Massachusetts, Amerika Syarikat, yang memegang rekod sebagai lembu jantan paling tinggi dengan ketinggian 1.87 meter. - Foto GUINNESS WORLD RECORDS

Buku Rekod Dunia Guinness 2024

Tahukah anda bahawa Tommy, lembu jantan Brown Swiss berusia 13 tahun di Massachusetts, Amerika Syarikat, kini memegang rekod sebagai lembu jantan paling tinggi dengan ketinggian 1.87 meter?

Ayuh kenali fakta-fakta menarik dalam buku Rekod Dunia Guinness 2024 itu menampilkan 2,638 pencapaian luar biasa.

Antaranya, taman Atlantis Aquaventure di Dubai yang merupakan taman permainan air dengan jumlah gelongsor air paling banyak di dunia, iaitu 50 gelongsor.

Edisi buku tahunan terkini itu memperkenalkan kategori ‘bawah 16 tahun’ untuk menonjolkan bakat muda, seperti pemain dram Australia, Pritish A.R.

Pritish berusia 11 tahun pada Disember 2021 apabila dia diberi gelaran pemain dram terpantas di dunia, yang berupaya bermain 2,370 pukulan dram dalam satu minit.

Buku itu berharga $45.37 dan boleh dibeli di kedai buku utama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg