Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas akibat pandu laju, mabuk naik separuh pertama 2024

Aug 24, 2024 | 7:07 PM
Mengikut data Polis Trafik (TP), kira-kira empat daripada 10 pejalan kaki yang mati dalam kemalangan jalan raya berumur 65 tahun ke atas. TP gesa ahli keluarga dan rakan-rakan menasihati warga emas supaya tidak menyeberang jalan secara sembarangan.
Mengikut data Polis Trafik (TP), kira-kira empat daripada 10 pejalan kaki yang mati dalam kemalangan jalan raya berumur 65 tahun ke atas. TP gesa ahli keluarga dan rakan-rakan menasihati warga emas supaya tidak menyeberang jalan secara sembarangan. - Foto ST

Kemalangan maut yang disebabkan pemandu yang memandu laju dan memandu dalam keadaan mabuk bertambah pada separuh pertama 2024, tempoh sama di mana lebih ramai orang terbunuh di jalan raya di Singapura.

73 orang meninggal dunia pada separuh pertama 2024 – dua lebih daripada 71 kematian dalam tempoh yang sama pada 2023.

Kebanyakan yang terkorban ialah penunggang motosikal dan pembonceng mereka.

Dalam kalangan pejalan kaki yang maut, statistik Polis Trafik (TP) yang dikeluarkan pada 24 Ogos menunjukkan kira-kira empat daripada 10 orang berumur 65 tahun dan ke atas.

“Walaupun TP akan meneruskan usaha mendidik warga emas, kami memerlukan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka untuk mengukuhkan mesej kepada warga emas supaya tidak menyeberang jalan secara sembarangan, agar kita semua boleh membantu mereka kekal selamat di jalan raya,” kata polis.

Mengulas mengenai peningkatan kemalangan maut yang berpunca daripada perbuatan pandu laju dan pandu dalam keadaan mabuk, polis berkata mereka prihatin kerana mereka mendapati kes sebegini semakin meningkat sejak tiga tahun lalu.

Bilangan kemalangan maut berkaitan memandu laju meningkat daripada enam pada separuh pertama 2022, kepada 13 dalam tempoh yang sama pada 2023.

Ia naik hampir dua kali ganda kepada 25 kes dalam enam bulan pertama 2024.

Kemalangan maut akibat daripada memandu dalam keadaan mabuk pula meningkat daripada tiga kes pada separuh pertama 2022, kepada lapan dalam tempoh yang sama pada 2023 dan sembilan pada 2024.

Polis berkata TP akan terus mengaktifkan fungsi penguatkuasaan kelajuan secara beransur-ansur dalam kamera lampu merah; dan sedang berusaha ke arah menambah jumlah denda saman dan mata demerit untuk kesalahan lalu lintas tertentu bagi mencegah tingkah laku pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Langkah penguatkuasaan yang dipertingkat, termasuk pengaktifan fungsi penguatkuasaan kelajuan dalam kamera lampu merah terpilih sejak 1 April, telah menghasilkan lebih banyak tindakan ke atas pemandu laju.

Jumlah kesalahan memandu laju meningkat sebanyak 44.3 peratus kepada 77,773 dalam enam bulan pertama 2024, meningkat daripada 53,906 dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Lebih daripada 5,200 kesalahan memandu laju telah dikesan oleh kamera lampu merah setakat ini, kata polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg