Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nahas treler adang lalu lintas waktu pagi di Balestier Road

Mar 21, 2025 | 4:41 PM
Pemandu treler itu berkata kemalangan berlaku ketika beliau membuat pusingan di persimpangan Kim Keat Road dan Balestier Road.
Pemandu treler itu berkata kemalangan berlaku ketika beliau membuat pusingan di persimpangan Kim Keat Road dan Balestier Road. - Foto ZAOBAO

Satu kemalangan treler di Balestier Road menyebabkan kesesakan lebih dua jam dari 9 pagi pada 21 Mac, selepas tangki yang dibawa treler itu tertanggal.

Ketika The Straits Times (ST) tiba di lokasi kejadian sekitar 10 pagi, dua daripada tiga tali yang sepatutnya mengikat tangki pada treler itu didapati terputus. 

Salah satu hujung tangki silinder itu pula dilihat terbaring di atas laluan pejalan kaki.

Pemandu treler itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Thilip, berkata kemalangan itu berlaku ketika beliau membuat pusingan di persimpangan Kim Keat Road dan Balestier Road.

Dua daripada tiga lorong di Balestier Road menghala ke Thomson Road telah ditutup selama sekitar dua jam sementara Polis Trafik (TP) menguruskan kesesakan lalu lintas.

Sebuah kren tiba sekitar 11.15 pagi untuk mengalihkan treler dan tangki tersebut.

Sebagai maklum balas terhadap pertanyaan ST, polis berkata tiada kecederaan dilaporkan dan pemandu treler berusia 31 tahun sedang membantu dalam siasatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg