Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura perlu perkukuh rakan kongsi dalam dunia kurang mesra

Nov 8, 2024 | 7:44 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Singapura perlu bekerja lebih keras untuk mengukuhkan rangkaian rakan dan rakan kongsinya dalam dunia yang kian bergelora.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Singapura perlu bekerja lebih keras untuk mengukuhkan rangkaian rakan dan rakan kongsinya dalam dunia yang kian bergelora. - Foto ST

Isu berkaitan dasar luar negara mungkin bukan “dalam minda” kebanyakan rakyat Singapura.

Tetapi adalah penting bagi pemerintah untuk memajukan kepentingan Singapura di luar negara agar rakyat dapat terus hidup dan berkembang maju.

Berucap semasa sidang media pada 8 November, Perdana Menteri Encik Lawrence Wong berkata memandangkan persekitaran sejagat semakin padat, Singapura perlu bekerja lebih keras untuk mengukuhkan rangkaian rakan dan rakan kongsinya.

Ia juga perlu bekerjasama dengan negara sealiran fikiran bagi membentuk norma dan peraturan antarabangsa, di samping mencari titik persamaan dalam isu yang menjadi kebimbangan bersama.

Encik Wong turut membentangkan gambaran keseluruhan cabaran geopolitik yang sedang Singapura hadapi dalam sidang media yang diadakan di bangunan Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI).

Ia termasuk perang di Ukraine dan Gaza, ketegangan antara Amerika Syarikat dengan China, serta kelemahan norma dan institusi pelbagai hala yang telah ditetapkan.

“Itulah sebabnya kita melihat zon kebebasan daripada hukuman yang semakin meningkat, dengan pelakon negara dan bukan negara mampu mendesak apa yang mereka mahu dengan sedikit atau tiada akibat,” katanya.

Beliau berkata cara pemerintah mengemudi isu itu adalah penting demi memberikan kehidupan lebih baik kepada rakyat Singapura.

“Dasar luar adalah penting agar kita berupaya terus hidup dan berkembang maju.

“Ia adalah mengenai bagaimana kita boleh kekal relevan dan mengembangkan rangkaian kita dan memastikan titik merah kecil kita boleh terus bersinar, walaupun dalam dunia yang lebih berbahaya dan bergelora.

“Akhirnya, semua yang kita lakukan, sama ada dalam atau luar negara, berbalik kepada bagaimana kita boleh menjadikan hidup lebih baik untuk rakyat Singapura, dan itu tetap menjadi tumpuan saya dan pasukan saya,” tambah beliau.

Encik Wong berkata demikian beberapa hari selepas Encik Donald Trump, membuat kemunculan semula ke dalam arena politik apabila beliau mengalahkan Naib Presiden Cik Kamala Harris untuk memenangi penggal kedua sebagai pemimpin tertinggi Amerika.

Namun, kemunculan Encik Trump sebagai Presiden terpilih telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakan kongsi dan sekutu Amerika mengenai potensi keselamatan, perdagangan dan implikasi geopolitik bagi penggal keduanya.

Semasa kempennya, Encik Trump berkata beliau akan menamatkan perang di Ukraine, dan telah menuduh Presiden Joe Biden atas sokongan yang tidak mencukupi kepada Israel.

Beliau turut berikrar untuk mengenakan tarif sehingga 60 peratus ke atas import China dan sekurang-kurangnya 10 peratus ke atas barangan dari semua negara lain.

Ditanya tentang implikasi potensi halangan kepada perdagangan itu Encik Wong berkata ia adalah suatu kebimbangan, sambil merujuk kepada keputusan Kesatuan Eropah baru-baru ini untuk menaikkan tarif ke atas kenderaan elektrik yang dibina oleh China.

“Perdagangan adalah tiga kali ganda Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kita.

“Singapura adalah ekonomi terbuka, kita adalah ekonomi perdagangan, kita akan bimbang dalam dunia dengan ana terdapat lebih banyak pergeseran untuk berdagang secara keseluruhan,” kata Encik Wong.

Beliau menegaskan bahawa walaupun terdapat peranan terhad bagi negara untuk mengenakan tarif, ini harus dilakukan dalam rangka kerja yang betul, dengan pertikaian perdagangan dibangkitkan dengan institusi seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg