Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ncada lantik kepimpinan baru untuk penggal 2025-2027

Feb 6, 2025 | 4:11 PM
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Singapura, Cik Hazlina Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertapis, Encik Firdaus D’Cruz.
(Dari kiri) Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Singapura, Cik Hazlina Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertapis, Encik Firdaus D’Cruz. - Foto fail

Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada) telah melantik pemimpin baru bagi penggal 2025 hingga 2027. 

Diterajui oleh pengerusi Ncada, Encik Tan Chong Huat, majlis itu memperkenalkan wajah baru, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Make-A-Wish Singapura, Cik Hazlina Abdul Halim; Ketua Pegawai Eksekutif Pertapis, Encik Firdaus D’Cruz; bekas Penasihat Kanan Dadah, Encik Ng Ser Song serta Pengarah Kreatif Arked Reka Bentuk 2000, Encik David Yap. 

Ncada berfungsi sebagai badan penasihat kepada Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang menghubungkan pemerintah dan masyarakat untuk menyokong dasar anti-dadah, memupuk penglibatan awam, dan memperkukuh pendirian sifar toleransi Singapura terhadap dadah.

Ncada, dalam kenyataan pada 6 Februari, berkata: “Sebagai badan penasihat kepada MHA, Ncada berfungsi sebagai jambatan penting antara pemerintah dan masyarakat.

“Misi utamanya adalah untuk memperjuangkan advokasi mengenai dasar antidadah, memupuk penglibatan masyarakat dan menyokong pendirian sifar toleransi Singapura terhadap dadah.”

Majlis baru itu beriltizam dalam memajukan misinya dengan fokus baru untuk mempromosi dan memupuk hubungan peribadi dan emosi yang mendalam kepada visi Singapura yang bebas dadah.

Ia memastikan bahawa mesej pencegahan seluruh masyarakat dan daya tahan sosial bergema di semua segmen masyarakat.

Encik Tan akur bawah penyalahgunaan dadah sebagai “satu cabaran” yang mempunyai kesan terhadap masyarakat di setiap peringkat, “menjadikannya penting bagi masyarakat untuk bersatu dalam keazamannya untuk memerangi isu ini”.

Beliau berkata: “Semasa kami memulakan penggal baru, kami akan memperjuangkan dan memainkan peranan utama dalam usaha advokasi antidadah, bermula dengan mencetuskan perbualan bermakna yang bukan sahaja mendidik tetapi juga bergema dengan individu, ibu bapa dan komuniti pada peringkat peribadi.

“Dengan memupuk kerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama, memperkasakan pihak berkepentingan kami, dan memberi inspirasi kepada advokasi, kami menyasarkan untuk membina masyarakat di mana semua orang boleh berkembang maju dalam persekitaran yang selamat dan bebas dadah.”

Cik Hazlina berkata: “Membantu mereka yang terjejas akibat penyalahgunaan dadah pulih dan berintegrasi semula ke dalam masyarakat adalah usaha kolektif. Pencegahan adalah sama penting – ia bermula dengan mewujudkan kesedaran dan melibatkan diri dengan komuniti untuk memupuk daya tahan.”

“Majlis ini mempunyai peluang unik untuk bekerjasama dengan organisasi yang berfikiran sama untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan membina masyarakat di mana setiap orang berpeluang menjalani kehidupan yang memuaskan dan bebas dadah.”

Ahli yang akan meneruskan perkhidmatan termasuk Naib Pengerusi, Dr Chew Tuan Chiong; Dr Tracy Loh; Encik Ahmad Firdaus Daud; Dr Jimmy Lee dan Encik Ravindran Nagalingam.

Antara ahli baru ialah Encik Nicholas Gabriel Lim, Dr Adrian Loh, Encik Ngien Hoon Ping, yang dilantik pada penggal sebelumnya.

Ncada merakamkan penghargaan kepada bekas ahli, Cik Elaine Loo dan A/P Narayanan Ganapathy, atas sumbangan mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg