Nenek korban kerja, jadi penjaga cucu sepenuh masa selepas anak ke penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nenek korban kerja, jadi penjaga cucu sepenuh masa selepas anak ke penjara

Mar 5, 2026 | 8:59 PM

Nenek korban kerja, jadi penjaga cucu sepenuh masa selepas anak ke penjara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Satu majlis iftar anjuran NeuGen Fund, sebuah badan kebajikan yang menyokong anggota keluarga bekas pesalah atau banduan telah diadakan pada 5 Mac di HomeTeam NS Khatib. Majlis iftar ini menyatukan seramai 500 bekas pesalah dan anggota keluarga mereka untuk berbuka bersama. Cik ‘Lana’ (kiri), salah seorang anggota keluarga pesalah yang hadir di majlis ini bersama tetamu kehormat, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan).
Satu majlis iftar anjuran NeuGen Fund, sebuah badan kebajikan yang menyokong anggota keluarga bekas pesalah atau banduan telah diadakan pada 5 Mac di HomeTeam NS Khatib. Majlis iftar ini menyatukan seramai 500 bekas pesalah dan anggota keluarga mereka untuk berbuka bersama. Cik ‘Lana’ (kiri), salah seorang anggota keluarga pesalah yang hadir di majlis ini bersama tetamu kehormat, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan). - Foto BH oleh KHALID BABA

Berhenti kerja secara mendadak demi menjaga cucu yang tanpa ibu bapa.

Cik Lana (bukan nama sebenar), 70 tahun, telah meninggalkan kerjayanya pada 2014 secara serta merta bagi menumpukan masa dan perhatian kepada cucunya yang baru dilahirkan ketika itu.

Keputusan besar yang dibuat ini diambil akibat keadaan keluarga anaknya yang bergolak – tatkala ayah dan ibu kepada cucunya itu dipenjarakan.

Beliau yang pernah bekerja sebagai pegawai keselamatan berkata:

“Bila cucu saya dilahirkan, ayahnya di dalam penjara kerana kesalahan salah guna dadah. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk membawa dia pulang dan menjaganya.

“Namun pada ketika itu apabila berbincang dengan pekerja sosial, untuk membolehkan saya menjadi seorang penjaga yang sah buat cucu saya, saya harus berhenti kerja.”

Cik Lana berkata demikian kepada wartawan semasa menyertai satu majlis berbuka puasa 500 lagi anggota keluarga pesalah dan bekas pesalah yang berlangsung di HomeTeam NS Khatib pada 5 Mac.

Majlis itu turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim sebagai tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, Dr Faishal yang juga Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri) berkata majlis iftar yang menyatukan 500 orang daripada pelbagai latar belakang memaparkan semangat persaudaraan di sebuah tempat.

“Saya melihat sesuatu yang indah di sini, masyarakat berkumpul dan ada wajah-wajah yang saya kenali.

“Saya menggalakkan semua di sini untuk terus menyertai program NeuGen. Setiap orang tidak kira latar keadaan pasti mempunyai sumbangan yang bernilai buat masyarakat. Carilah peluang untuk jadi sebahagian daripada kitaran yang memberi balik kepada masyarakat,” kata beliau.

Acara itu dianjurkan NeuGen Fund, sebuah badan kebajikan yang menyokong banduan dan bekas pesalah, serta keluarga mereka.

Tahun ini merupakan kali keempat majlis iftar ini diadakan sejak pertama kali ia dianjurkan pada 2023 oleh pertubuhan itu.

Menceritakan kisah kehidupan cucunya itu, Cik Lana berkata apabila ayah budak lelaki berusia 12 tahun itu di penjara, ibunya melarikan diri selepas melahirkan, namun kemudian ditangkap semula.

“Saya kesian dengan budak tu. Sebab walau apapun, dia darah daging saya.

“Jadi sejak cucu saya kecil, saya sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan pendidikan dan masa depan dia terjamin,” tambah Cik Lana dengan nada sedih.

Cik Lana (bukan nama sebenar) meninggalkan kerjanya sebagai pegawai keselamatan secara serta merta demi membolehkan dirinya untuk menjadi penjaga rasmi bagi cucunya ketika ibu bapa dia masih  berada dalam tahanan di penjara.
Cik Lana (bukan nama sebenar) meninggalkan kerjanya sebagai pegawai keselamatan secara serta merta demi membolehkan dirinya untuk menjadi penjaga rasmi bagi cucunya ketika ibu bapa dia masih berada dalam tahanan di penjara. - Foto BH oleh ABDUL QAYYUM SARIP

Menurut Cik Lana, mereka berdua menerima sokongan dan merupakan keluarga yang aktif mengikuti acara anjuran NeuGen Fund.

Malah, cucunya juga merupakan penerima bantuan pembiayaan penuh bagi program tuisyen mata pelajaran matematik dan bahasa Inggeris di bawah NeuGen Fund.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg