Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Orang ramai dinasihati waspada dengan e-mel penipuan minta bayaran tunggakan letak kereta

Jan 8, 2026 | 4:33 PM
NETS menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel meminta pembayaran untuk caj tempat meletak kereta tertunggak, agar tidak mengendahkannya.
NETS menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel meminta pembayaran untuk caj tempat meletak kereta tertunggak, agar tidak mengendahkannya. - Foto TANGKAP LAYAR HYE ORRORR/FACEBOOK

Jika anda menerima e-mel yang mendakwa daripada NETS meminta pembayaran untuk caj tempat meletak kereta yang tertunggak, usah membalas e-mel tersebut.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 7 Januari, NETS menasihatkan orang ramai yang menerima e-mel sebegini supaya tidak mengendahkannya, dan harus memadamkannya dengan segera.

Penyedia perkhidmatan pembayaran elektronik itu turut menegaskan, mereka tidak akan pernah meminta maklumat peribadi atau kewangan melalui e-mel.

Seorang pengguna Facebook berkongsi e-mel sebegitu yang diterimanya dalam kumpulan Professional PHV Drivers Singapore pada 6 Januari.

E-mel tersebut meminta pengguna untuk log masuk ke aplikasi NETS atau portal CashCard maya untuk menyelesaikan pembayaran tertunggak, lapor The Straits Times (ST).

Ia juga menyatakan pengguna boleh menghubungi sokongan pelanggan NETS di nombor 6265-8000 untuk bantuan. Namun, nombor itu tidak disenaraikan sebagai talian khidmat pelanggan di laman web NETS.

Dalam hantaran Facebook tersebut, NETS mengingatkan pengguna supaya memeriksa alamat e-mel pengirim dan berhati-hati terhadap permintaan yang luar biasa.

Pengguna juga dinasihatkan supaya mengelak daripada menekan butang klik pada pautan yang mencurigakan, dan tidak mendedahkan data peribadi sekiranya berasa ragu-ragu.

Pengguna boleh menghubungi talian NETS di 6274-1212 atau 6229-7200.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg