Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nets tangguh khidmat tukar kad FlashPay di pejabat tiket SimplyGo

Jan 19, 2024 | 3:18 PM
DITANGGUH SEMENTARA: Papan tanda yang ditampal luar pejabat tiket SimplyGo di Persimpangan Bas Bedok pada 19 Januari menunjukkan bahawa perkhidmatan pertukaran kad untuk kad Nets FlashPay kini belum tersedia.
DITANGGUH SEMENTARA: Papan tanda yang ditampal luar pejabat tiket SimplyGo di Persimpangan Bas Bedok pada 19 Januari menunjukkan bahawa perkhidmatan pertukaran kad untuk kad Nets FlashPay kini belum tersedia. - Foto ST

Pertukaran percuma kad Nets FlashPay untuk kad Nets Prepaid, yang pada asalnya dijadual bermula pada 19 Januari di pejabat tiket pengangkutan awam, ditangguhkan “sehingga diberitahu kelak”.

Ini sebahagian daripada langkah pihak berkuasa untuk menghentikan penggunaan Nets FlashPay dan beberapa kad ez-link dewasa untuk pembayaran tambang pengangkutan awam secara beransur-ansur mulai Jun sebagai persediaan untuk beralih ke SimplyGo, platform tiket berasaskan akaun untuk perjalanan bas dan kereta api.

Pertukaran percuma itu sepatutnya berlaku antara 19 Januari dengan 18 Julai di pejabat tiket SimplyGo di stesen MRT dan pusat pertukaran bas.

Namun, dalam satu kemas kini di Facebook pada 12 pagi 19 Januari, Nets, sebuah firma pembayaran, berkata:

“Sila ambil maklum bahawa perkhidmatan pertukaran kad Nets FlashPay yang disediakan di pejabat tiket SimplyGo tidak ada buat masa sementara ini sehingga notis selanjutnya.”

Ia tidak menyatakan bila pertukaran itu bakal tersedia.

Pertukaran tersebut diumumkan selepas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada 9 Januari bahawa penumpang mesti membayar tambang bas dewasa dan tren menggunakan kad Nets Prepaid, kad ez-link yang telah dikemas kini menjadi serasi dengan SimplyGo, kad bank tanpa sentuh atau kad kredit atau debit yang ditambah pada dompet mudah alih mulai 1 Jun.

Penumpang yang menggunakan kad konsesi, termasuk warga emas dan pelajar tidak terjejas.

Selepas dihentikan, kad Nets FlashPay tidak akan diterima lagi untuk pembayaran pengangkutan awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg