Bayangkan suasana alam yang tenang dan kaya dengan pelbagai jenis fauna dan flora, sambil memerhatikan kicauan burung migrasi.
Itulah yang dapat dinikmati para penggemar alam semula jadi apabila Taman Alam Mandai Mangrove dan Mudflat yang bakal menempatkan lebih 380 spesies fauna dan 190 spesies flora, dibuka mulai 2028.
Taman Alam Mandai Mangrove dan Mudflat mempunyai keluasan sekitar 72.8 hektar dan terletak sekitar tiga kilometer (km) dari Paya Simpanan Sungei Buloh dan akan menampilkan laluan tebing bakau serta tempat memerhatikan burung migrasi.
Di Koridor Alam Bukit Batok pula, pengunjung boleh menjangkakan tempat pejalan kaki, plaza senaman dan kawasan sungai yang dipertingkatkan.
Koridor ini – yang diumumkan pada Disember 2020 – meliputi lebih 125 hektar taman alam dan denai sepanjang 10 km.
Semua ciri-ciri tersebut akan dilancarkan secara berperingkat mulai 2028.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg